Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Tuesday, May 30, 2017

Soalan-Soalan Lazim (Q&A) Tentang Ziarah Harmoni

Soalan-Soalan Lazim (Q&A) Tentang Ziarah Harmoni



1. Apakah latar belakang syarikat Ziarah Harmoni?

Ziarah Harmoni, yang dahulunya dikenali sebagai Cuti-Cuti Ceria, adalah sebuah agensi perlancongan yang merupakan jabatan perlancongan muslim bebas oleh Malaysia Harmony Tour & Travel, yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam industri yang sama selama lebih tiga dekad.

Berbekalkan kredibiliti dan beberapa anugerah yang diperolehi oleh Malaysia Harmony Tour & Travel, Ziarah Harmoni berazam untuk menjadi sebuah agensi pelancongan Muslim unggul di negara ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

2. Apakah moto atau prinsip teras syarikat Ziarah Harmoni bagi memastikan servis yang terbaik untuk pelanggan?

Ziarah Harmoni berpegang teguh kepada prinsip terasnya yang bahawa pakej perlancongan berorientasikan Muslim sepatutnya meriangkan untuk semua peringkat umur, tidak merumitkan, berkualiti tinggi dan paling penting ditawarkan pada kadar harga berpatutan. Ramai rakyat Malaysia kini sebenarnya mampu untuk pergi melancong ke luar negara tetapi mudah berasa takut untuk merancang bercuti.

Oleh itu, semua pakej pelancongan Ziarah Harmoni termasuk tiket penerbangan pergi-balik (kelas ekonomi), penginapan hotel bertaraf 3 atau 4 bintang, perkhidmatan pengangkutan darat yang selesa, perkhidmatan pemandu pelancong, dan makanan halal atau mesra Muslim setiap hari.

3. Apakah jenis-jenis pakej perlancongan yang disediakan oleh Ziarah Harmoni?

Ziarah Harmoni menawarkan pakej-pakej berikut kepada pelanggan kami:
  • Pakej-pakej perlancongan berkumpulan (Group Departures) dengan itinerari/aturcara dan pilihan tarikh perlepasan yang sudah ditetapkan
  • Pakej-pakej perlancongan persendirian (Ground Tours) yang boleh direka khusus mengikut permintaan pelanggan serta tarikh perlepasan yang diminta oleh pelanggan tersebut.
  • Tiket-tiket penerbangan ke seluruh destinasi daripada pelbagai syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Etihad Airways, Qatar Airways, Cathay Pacific dan banyak lagi.
  • Pakej pelayaran kapal Star Cruise dari Pulau Pinang ke Thailand dengan pilihan tarikh perlepasan yang sudah ditetapkan 

4. Apakah kelebihan memilih Ziarah Harmoni berbanding agensi-agensi perlancongan yang lain?

Ziarah Harmoni memberikan tumpuan khusus kepada pelanggan-pelanggan yang beragama Islam, walaupun tidak meminggirkan golongan-golongan yang lain. Kami memastikan pakej-pakej yang kami tawarkan menampilkan destinasi-destinasi yang sering mendapat permintaan tinggi daripada golongan sasaran yang disebutkan.

Ziarah Harmoni juga sentiasa memberikan jaminan bahawa pakej-pakej yang kami tawarkan adalah sesuai untuk semua peringkat umur; daripada golongan dewasa muda, warga emas dan juga kanak-kanak.

5. Apakah kelebihan pakej-pakej perlancongan yang disediakan oleh Ziarah Harmoni?

Pakej-pakej perlancongan yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni secara keseluruhannya adalah: 
  • Direka khusus untuk pelanggan-pelanggan yang beragama Islam
  • Penyediaan makanan halal dan penjagaan waktu solat untuk setiap pakej
  • Itinerari/Aturcara perjalanan yang meliputi tarikan-tarikan yang relevan untuk peserta yang beragama Islam seperti masjid-masjid bersejarah, tempat-tempat yang berkaitan dengan sejarah para Rasul dan sebagainya




6. Apakah pakej-pakej terhebat yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni untuk musim luruh dan sejuk yang akan datang?

Pakej-pakej perlancongan yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni sentiasa bertukar-tukar mengikut permintaan pelanggan dan juga mengikut kesesuaian musim di destinasi. Berikut adalah pakej-pakej best-seller yang sentiasa mendapat sambutan ketika musim luruh/sejuk:
  • Turki
  • Dubai dan Abu Dhabi
  • Eropah (London, Paris, Amsterdam, Zurich)
  • Eropah Timur
  • Sepanyol dan Portugal
  • Jepun
  • Korea

7. Apakah nasihat Ziarah Harmoni kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan agensi perlancongan untuk pergi melancong?

Perkara yang paling penting adalah memilih agensi perlancongan yang bertauliah dan boleh dipercayai, seperti Ziarah Harmoni. Ini adalah bagi mengelakkan daripada ditipu ataupun terpedaya dengan pakej perlancongan yang tidak berkualiti.

Kelebihan utama menggunakan perkhidmatan agensi perlancongan adalah pelanggan boleh menjimatkan banyak masa dan juga mengelakkan diri daripada stres akibat terlalu banyak perkara yang harus diuruskan sekiranya menguruskan lawatan secara sendiri.

Secara ringkasnya, setiap pakej yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni telahpun termasuk perkara-perkara berikut:
  • Tempahan tiket penerbangan pergi-balik
  • Penginapan hotel 3-4 bintang di setiap destinasi yang dilawati
  • Pengangkutan bas yang mewah dan selesa
  • Pemandu pelancong serta ketua pelancong yang bakal menjaga hal ehwal semua peserta lawatan (kesihatan, keselamatan, menjaga waktu solat, dan sebagainya)

8. Bolehkah pelanggan yang bukan beragama Islam menggunakan perkhidmatan syarikat Ziarah Harmoni?

Walaupun pengkhususan perkhidmatan kami adalah kepada para pelanggan yang beragama Islam, namun kesemua pakej perlancongan daripada Ziarah Harmoni adalah terbuka kepada semua golongan dan semua peringkat umur.

9.  Apakah pakej-pakej baru yang bakal ditawarkan oleh Ziarah Harmoni pada masa terdekat ini?

Ziarah Harmoni baru-baru ini baru sahaja melancarkan beberapa pakej perlancongan baru seperti:
  • Hong Kong – termasuk Disneyland Hong Kong
  • New Zealand – lawati beberapa kota terhebat di negara tersebut, termasuk lawatan ke Hobbiton yang merupakan lokasi penggambaran filem-filem Lord of the Rings
  • Jordan dan Jerusalem – pakej Jejak Rasul yang meliputi pelbagai tempat-tempat bersejarah Islam yang terpenting seperti kota purba Petra, Masjid Al-Alsa, Dome of Rock, Makam Nabi Musa, Laut Mati dan sebagainya.

10. Bagaimanakah cara untuk pelanggan menghubungi syarikat Ziarah Harmoni bagi mengajukan sebarang pertanyaan atau bagi mendaftar tempat?

Untuk sebarang pertanyaan ataupun urusan pendaftaran, para pelanggan boleh hubungi kami:
  • Tel: 03-2142 9266
  • Whatsapp: 012-259 1868 atau 012-656 3314
  • Emel: info@ziarahharmoni.com
  • Website: www.ziarahharmoni.com


No comments:

Post a Comment