Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, June 7, 2017

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM LURUHSEJUK 2017

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2017

1. TURKI



Kembara ke bumi Turki yang kaya dengan tinggalan sejarah Islam dan keunikan budaya yang mempersonakan. Lawati daerah-daerah utama di sana seperti Istanbul, Canakkale, Cappadocia, Konya, Ankara, Safranbolu dan Kusadasi. Ziarah ke Masjid Biru, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Grand Bazaar di Istanbul. Peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia dan nikmati keindahan bentuk mukabumi yang unik di sana. Lawati makam Mevlana di Konya dan makam Kamal Ataturk di Ankara. Singgah juga di Safranbolu yang merupakan salah satu pecan yang popular di bahagian Laut Hitam. Pekan ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah tamadun silam yang dinobatkan sebagai khazanah dunia oleh UNESCO. 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Turki bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/turkey/

2. EROPAH



Terbang ke London untuk melihat Istana Buckingham, Big Ben, Trafalgar Square dan Tower Bridge. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan berjenama di Oxford Street dan Bicester Village. Amsterdam juga tidak kurang menariknya! Berhenti di Dam Square, Istana Diraja, Atomium, Manneken Pis dan banyak lagi. Di Paris, lihat sendiri kehebatan Menara Eiffel! Nikmati kota romantis ini dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti pintu gerbang Arc de Triomphe, muzium Louvre , Katedral Notre Dame dan Place de la Concorde. Salah satu destinasi utama ketika lawatan ini adalah Zurich yang terkenal dengan keindahan panorama pergunungan yang ditutup dengan salji. Menaiki kereta kabel ke Gunung Titlis adalah sebuah pengalaman menarik yang tidak patut dilepaskan.

Lihat info tentang pakej-pakej ke Eropah bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

3. JEPUN



Terokai keunikan gabungan tradisi dan kemodenan di Negara Matahari Terbit! Lawati daerah Osaka, Kyoto dan Tokyo! Tidak lupa juga untuk menatapi Gunung Fuji yang menjadi ikon utama negara Jepun. Kunjungi juga taman tema Disneyland Tokyo untuk keriangan seisi keluarga yang maksimum. Membeli-belah barangan berjenama mewah pada harga diskaun di Gotemba Premium Outlet. Semestinya sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Jepun bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/japan/

4. EROPAH TIMUR


Kecapi keseronokan maksimum di negara-negara terkenal di benua Eropah Timur! Lawati daerah-daerah utama di negara Hungary, Slovakia, Czech Republic, Austria dan Germany! Di Budapest, lawati St. Vitus Cathedral, tempat pertabalan Raja dan Permaisuri Republik Czech dan struktur penting sekitar abad ke 14. Di Prague, singgah di Schonbrunn Palace, salah sebuah monument kebudayaan terpenting dan juga merupakan tapak warisan UNESCO. Paling istimewa adalah lawatan ke Neuschwanstein Castle, istana dongeng Raja Ludwig yang terletak seolah-olah terapung di atas tasik yang berkilauan. Istana ini juga merupakan contoh kepada Walt Disney untuk istana Cinderellanya! Inilah percutian Eropah idaman semua!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Eropah Timur bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

5. KOREA




Terbang ke negara yang terkenal dengan Kimchi, K-pop dan  K-drama! Terokai ibunegara Korea Selatan, kota Seoul yang serba moden serta Pulau Nami, Gunung Sorak dan banyak lagi! Bergambar sambil memakai pakaian tradisi orang Korean yang dikenali sebagai Hanbok dan belajar cara membuat kimchi. Alami keriangan terhebat di taman tema Everland dan persembahan muzikal Nanta. Jangan lepaskan peluang bershopping sakan di kawasan Namdaemun dan Myeoongdong. Paling menarik adalah peluang untuk bermain salji dan ski di sana! Korea Selatan bakal membuat anda jatuh cinta padanya! 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Korea bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/korea/


No comments:

Post a Comment