Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, June 28, 2017

TOP 5: 5 Perkara Mesti Buat Ketika Berada di Nami Island, Korea Selatan


Nami Island terletak di daerah Chuncheon, kira-kira 1.5 jam perjalanan menaiki keretapi dari kota Seoul di Korea Selatan. Pulau buatan manunia ini terhasil daripada proses lambakan tanah yang tertimbul ketika Empangan Cheongpyeong dibina pada tahun 1944.

Nami Island menjadi sebuah destinasi perlancongan yang amat popular selepas ianya menjadi salah satu lokasi utama drama Korea bertajuk Winter Sonata. Terdapat pelbagai aktiviti tersedia untuk para pelawat di situ selain daripada keindahan alam semujadinya.

Jom ketahui 5 perkara yang harus anda buat ketika berada di Nami Island:

1) Bergambar di Tugu "Winter Sonata"

Tidak sah lawatan anda ke Nami Island jika tidak berselfie dengan tugu Winter Sonata. Ianya merupakan ikon kepada pulau tersebut. 






2) Bergambar di jalan deretan pokok-pokok Redwood

Satu lagi ikon bagi Nami Island adalah jalan yang dipenuhi dengan pokok-pokok Redwood yang terletak di bahagian utama pulau tersebut. Bukan sahaja para pelancong asing, bahkan penduduk tempatan juga datang untuk bergambar di sini bagi photoshoot perkahwinan mereka. Sememamgnya panorama yang begitu cantik dan permai.



3) Mencuba 'roti canai Korea'

Setelah penat berjalan, anda boleh mengalas perut yang kosong dengan mencuba 'roti canai Korea' bernama Hotteok yang ada dijual di sebuah gerai di situ. Ianya merupakan roti goreng leper yang menyerupai roti canai tetapi diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti  kacang merah. Memang sedap sekali!

Di situ juga ada gerai-gerai yang menjual makanan lain seperti waffle, ais krim, kopi latte dan sebagainya!





4) Menyewa basikal untuk mengelilingi Nami Island

Sekiranya anda ingin melihat keseluruhan Nami Island, anda disarankan untuk menyewa basikal yang ada disediakan di situ. Harganya tak mahal dan anda boleh melihat pelbagai kawasan-kawasan menarik di Nami Island tanpa perlu berjalan kaki. 





5) Berpiknik sambil menikmati keindahan panorama di Nami Island
 
Terdapat beberapa kawasan padang rumput lapang di Nami Island untuk para pengunjung duduk dan mengamati keindahan panorama di situ. Anda boleh membeli snek dan minuman dan berpiknik bersama ahli keluarga atau rakan-rakan di kawasan padang rumput itu. Bila lagi nak berpiknik di Korea kan? :-)



No comments:

Post a Comment