Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Monday, May 15, 2017

TOP 5: 5 BARANGAN HARUS-BELI DI HONG KONG

Hong Kong merupakan destinasi percutian yang terkenal. Selain pelbagai tarikan perlancongan bertaraf dunia yang ada di sana seperti Disneyland dan Victoria Peak, Hong Kong juga dikenali sebagai syurga membeli-belah.

Berikut adalah 5 barangan yang harus anda beli ketika berada di Hong Kong:

1) Teh


Masyarakat cina terkenal dengan tradisi meminum teh herbal setiap hari untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mereka.

Ketika di Hong Kong, anda pastinya akan ternampak banyak kedai-kedai yang menjual teh secara timbang. Terdapat pelbagai jenis teh boleh dibeli termasuklah teh hijau, teh herbal, teh krisantimum, dan sebaginya.

2) Cenderahati watak kartun Disney


Ketika singgah di Disneyland Hong Kong, jangan lupa untuk membeli barangan cenderahati di sana seperti kemeja-T, botol air, magnet peti ais dan sebagainya dalam rekaan watak Disney kegemaran anda.

3) Beg tangan


Ladies Night Market di Hong Kong terkenal sebagai destinasi untuk membeli pelbagai jenis beg tangan wanita dan juga dompet untuk kaum Adam. Terdapat juga barangan kulit lain yang dijual di situ.

Walaupun anda akan ghairah memilih beg pilihan anda, pastikan anda menawar harga yang berpatutan daripada penjual agar tidak ditipu mereka.

4) Cenderahati bertemakan Hong Kong


Di Ladies Night Market juga ada menjual pelbagai cenderahati bertemakan Hong Kong seperti keychain, magnet peti ais, lukisan, pakaian dan sebaginya.

Luangkan masa yang cukup di sana kerana saiz pasar malam tersebut agak besar dan anda memerlukan masa untuk menerokainya!

5) Kosmetik dan barangan penjagaan kulit


Hong Kong juga amat terkenal sebagai destinasi untuk membeli-belah barangan kosmetik dan penjagaan kulit berjenama terkenal seperti SK-II, Chanel, Dior dan sebaginya. Terdapat juga banyak kedai-kedai duty-Free yang menjual barangan pada harga rendah tanpa cukai.

No comments:

Post a Comment