Kota Istana Alhambra: Bukti Sejarah Pemerintahan Islam di Andalusia
Sejarah kerajaan Andalusia di Sepanyol begitu dikenali dan ditelaah
di seantero dunia kerana ianya pernah menjadi pusat kerajaan Islam Bani
Umaiyyah pada abad ke-8. Kota-kota besar di wilayah berkenaan seperti Cordoba
dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmuan serantau pada ketika itu. Seville
menjadi ibu kota Andalusia pada zaman kegemilangannya. Namun begitu, selepas
abad ke-15 Andalusia telah beralih kuasa kepada kerajaan Kristian dalam peristiwa yang
dikenali sebagai Reconquista, yang
bermakna “Penaklukan Semula”.
Istana Alhambra yang tersergah indah di puncak bukit La Sabica, di daerah Granada |
Salah satu tinggalan teragung kerajaan Islam di Andalusia adalah
Istana Alhambra yang merupakan kompleks istana dan kubu pertahanan. Ianya
tersergam indah di puncak bukit La Sabica, di wilayah Granada, Sepanyol. Nama
Alhambra berasal daripada bahasa Arab, “hamra” atau “ahmar” yang bererti warna merah.
Oleh itu, Istana Alhambra yang bererti Istana Merah, diberikan kerana bangunan
ini banyak dihiasi ubin-ubin dan bata-bata berwarna merah, serta penghias
dinding yang agak kemerah-merahan dengan seramik yang bercirikan seni-seni binaan
Islam yang hebat, di samping marmar yang putih dan indah.
Perkarangan AlHambra yang indah |
Istana Alhambra didirikan oleh pengasas Kerajaan Bani Ahmar,
Muhammad bin Al-Ahmar (dalam Khilafah Bani Umayyah). Proses pembinaan Istana Alhambra
dilakukan secara berperingkat-peringkat, di antara tahun 1238 M dan 1358 M. Istana
ini juga dilengkapi dengan taman bunga indah dan kolam air pancut. Terdapat
juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat
daripada batuan marmar asli.
Di bahagian dalam Istana Alhambra terdapat pelbagai ruangan yang
pastinya memukau para pengunjung: ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), ruangan
pengadilan, serta ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk
bujur sangkar yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran kaligrafi bahasa Arab. Di
bahagian taman istana pula terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12
patung singa yang berbaris melingkari kolam tersebut.
Senibina Islam di Istana Alhambra |
Ukiran kaligrafi Arab di dalam Istana Alhambra |
Kedudukan lokasi Istana Alhambra yang berada di wilayah Granada juga
menjadi faktor keunikan serta kemegahan bangunan ini. Kawasan bukit yang kini dikenali
sebagai Bukit La Sabica, adalah salah satu kawasan yang amat strategik untuk dijadikan
sebuah kubu pertahanan, tempat peintipan serta pencerapan. Andalusia terkenal
dengan kesejahteraan rakyatnya serta kemajuan di dalam bidang pertanian serta
bidang perdagangan. Justeru itu, ianya sering diancam oleh serangan-serangan
daripada tentera kerajaan yang lain yang ingin menakluki jajahan ini.
Hampir berabad lamanya Islam berkuasa di Sepanyol dengan menjadikan
Cordoba sebagai kota pemerintahan dan pertahanan. Selain Istana Alhambra, satu
lagi monumen penting kejayaan Islam di Sepanyol adalah The Great Mosque of Cordoba yang kini telah menjadi Gereja Santa
Maria de la Sede atau “Virgin of
Assumption”.
Kolam air pancut di Istana Alhambra |
Istana Alhambra didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Ianya juga menjadi subjek utama di dalam buku novel klasik nukilan Washington
Irving, Tales of the Alhambra. Irving
tinggal di istana itu ketika menulis buku tersebut. Selepas buku tersebut
diedarkan, ianya telah menjadikan Istana tersebut cukup terkenal di kalangan
penduduk negara-negara barat.
Pengalaman untuk melihat sendiri keagungan senibina Istana Alhambra pastinya
menjadi realiti untuk anda melalui pakej pelancongan ke Sepanyol dan Portugal
yang diuruskan oleh pihak Ziarah Harmoni. Pakej pelancongan Muslim 12 hari 9
malam ini akan meliputi beberapa daerah utama di negara Sepanyol dan Portugal
seperti Madrid, Barcelona, Alicante, Granada, Seville, Lisbon dan Toledo. Harga
pakej ini adalah hanya RM9,544 setiap seorang dan ianya termasuk tiket
penerbangan pergi-balik kelas ekonomi oleh Emirates, tempat penginapan
sepanjang lawatan, pengangkutan serta makanan harian ketika di sana. Terdapat
beberapa pilihan tarikh pelepasan bermula bulan Julai 2016 sehingga Disember
2017.
Taman bunga di Istana Alhambra |
Untuk pertanyaan, boleh hubungi kami: Tel: 03-2142 9266 / Whatsapp: 012-259 1868 atau 012-656 3314 / Emel: info@ziarahharmoni.com
No comments:
Post a Comment