Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, May 10, 2017

Percutian Hebat ke Balkan Bersama Ziarah Harmoni!


Kepada yang masih mencari syarikat agensi perlancongan yang menumpukan produk dan servisnya kepada para pelanggan yang beragama Islam di Malaysia, jawapan yang anda cari pasti ada pada Ziarah Harmoni!

Ziarah Harmoni, yang dahulunya dikenali sebagai Cuti-Cuti Ceria, adalah sebuah agensi pelancongan yang merupakan jabatan perlancongan muslim bebas oleh Malaysia Harmony Tour & Travel, yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam industri yang sama selama lebih tiga dekad. Berbekalkan kredibiliti dan beberapa anugerah yang diperolehi oleh Malaysia Harmony Tour & Travel, Ziarah Harmoni berazam untuk menjadi sebuah agensi pelancongan Muslim unggul di negara ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ziarah Harmoni berpegang teguh kepada prinsip terasnya yang bahawa pakej perlancongan berorientasikan Muslim sepatutnya meriangkan untuk semua peringkat umur, tidak merumitkan, berkualiti tinggi dan paling penting ditawarkan pada kadar harga berpatutan. Ramai rakyat Malaysia kini sebenarnya mampu untuk pergi melancong ke luar negara tetapi mudah berasa takut untuk merancang bercuti. Oleh itu, semua pakej pelancongan Ziarah Harmoni termasuk tiket penerbangan pergi-balik (kelas ekonomi), penginapan hotel bertaraf 3 atau 4 bintang, perkhidmatan pengangkutan darat yang selesa dan makanan halal atau mesra Muslim setiap hari.

Antara pakej-pakej perlancongan yang laris dijual oleh Ziarah Harmoni adalah ke Eropah seperti London dan Paris, Dubai, Abu Dhabi, China, Korea, Jepun dan banyak lagi.

Lawatan ke negara-negara di semenanjung Balkan merupakan antara pakej percutian yang teristimewa daripada Ziarah Harmoni, yang merangkumi 6 negara di dalam satu lawatan. Peserta akan menjelajahi daerah-daerah yang cukup indah di negara Bulgaria, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia, Montenegro, Croatia dan Albania. Bersiap sedia dengan kamera untuk mengambil gambar panorama yang mempersonakan di sepanjang perjalanan lawatan. Ketika lawatan berlangsung, peserta juga dapat mempelajari sejarah peperangan saudara yang pernah meletus ketika berada di Sarajevo dan Mostar. Inilah pakej pengembaraan yang lain daripada yang lain bagi mereka yang inginkan sebuah pengalaman makan angin yang unik.

Perkara yang paling menarik mengenai pakej percutian ke Balkan daripada Ziarah Harmoni ini adalah harganya dan itinerary yang baru dikemaskini! Harga bagi pakej selama 11 hari dan 8 malam ini hanya RM7,629 seorang; merupakan antara yang terendah di pasaran.

Buat julung-julung kalinya, Ziarah Harmoni juga menawarkan pakej pelayaran kapal Star Cruise ke Krabi dan Phuket yang berlandaskan syariah dan bertemakan kerohanian. Pakej yang dinamakan Pelayaran Barakah bersama Dato' Ustaz Kazim Elias ini bakal bertolak pada 27 haribulan Ogos 2017 dan hanya berharga RM2,630 seorang. Aktiviti-aktiviti bertemakan keislaman bakal dipadatkan di sepanjang pelayaran yang berlangsung selama 4 hari 3 malam.


Untuk mandapatkan informasi lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni, silalah menghubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.

No comments:

Post a Comment