Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Thursday, April 20, 2017

5 Tarikan Hebat di Kota Dubai Yang Mesti Dilawati

5 Tarikan Hebat di Kota Dubai Yang Mesti Dilawati

Kota Dubai yang moden dan sibuk terletak di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sepanjang sedekad dua yang lalu, ianya telah menjadi salah satu bandar metropolitan yang paling mewah di seluruh dunia. Perdagangan minyak telah mengubah pekan nelayan kecil ini menjadi salah satu destinasi yang terkaya di dunia.

Jika anda memilih untuk melancong ke sini, anda pasti terpesona dan kagum dengan keindahannya. Di sinilah kebudayaan Islam dan pembangunan moden bersatu, lantas menjadikan kota Dubai sebagai salah satu destinasi perlancongan premium bertaraf antarabangsa.

Berikut adalah 5 keajaiban kota Dubai yang mesti anda lawati ketika berada di sana:

1. Menaiki bot pelayaran di Dubai Marina

Menaiki bot pelayaran Dhow di Dubai Marina adalah satu pengalaman yang baru yang anda tidak boleh ketinggalan apabila berada di kota Dubai. Bayangkan diri anda menikmati makan malam di atas bot Dhow dengan berlatarbelakangkan panorama Dubai pada waktu malam dengan muzik dan tarian Tanura. Pengunjung bakal dijamu dengan sajian BBQ ala Arab yang pastinya lazat.




2. Burj Al-Khalifa dan Dubai Mall

Bangunan Burj Al-Khalifa terletak di tengah-tengah kota Dubai. Ianya bukan sahaja merupakan bangunan yang tertinggi di Timur Tengah, bahkan juga di seluruh dunia. Kemuncaknya yang mencecah 321 meter dan mempunyai 60 tingkat menjadikannya pemilik rekod ketinggian ini.

Seperti pusat membeli-belah Suria KLCC yang terletak di kaki menara KLCC, bangunan Burj Al-Khalifa memiliki The Dubai Mall. Kompleks membeli-belah ini mempunyai 4 tingkat dan 1,200 buah kedai. Setiap tahun, kira-kira 90 juta pengunjung datang ke sini untuk membeli-belah barangan berjenama mewah. Di situ juga terdapat panggung wayang, akuarium dan gelanggang luncur ais.

Salah satu tarikan utama di Dubai Mall adalah kolam air pancut berirama yang terletak di luar pusat membeli-belah tersebut. Setiap hari pada waktu malam, lampu berwarna-warni serta muzik berirama yang ceria dipasang ketika pertunjukan air pancut berlangsung. Pengunjung semestinya harus tunggu untuk melihat pertunjukan air pancut ini.




3. Pengalaman membeli-belah di Souq

Perkataan Arab “Souq” adalah bermaksud “pasar”. Dubai Spice Souq dan Dubai Gold Souq adalah di antara tempat-tempat terbaik di sana untuk membeli-belah barangan keluaran tempatan sambil memperhatikan gaya hidup tradisional masyarakat tempatan.

Di kedua-dua pasar ini terdapat lorong-lorong kedai yang penuh dengan barangan jualan istimewa seperti rempah ratus, makanan harian, tekstil, barangan kemas, batu permata, barangan perhiasan rumah dan sebagainya. Di sini, pengunjung disarankan untuk melakukan proses tawar-menawar bagi mendapatkan harga yang terbaik.







4. Keriangan di IMG Worlds of Adventure

IMG Worlds of Adventure di Dubai merupakan taman tema bawah bumbung (indoor) yang terbesar di dunia. Ianya baru sahaja dibuka kepada umum pada bulan Ogos 2016. Taman tema ini terbahagi kepada empat zon iaitu Cartoon Network, Marvel, Lost Valley-Dinosaur Adventure dan IMG Boulevard. Kesemua zon ini masing-masing berdasarkan tema yang berbeza, dan setiap satunya mengandungi pelbagai tarikan peranginan termasuk roller coaster, pawagam 5D dan kawasan runcit. Sekiranya anda gemarkan Disneyland dan Universal Studios, anda pasti jatuh cinta dengan IMG Worlds of Adventure!




5. Menaiki pacuan 4WD di padang pasir

Aktiviti menaiki pacuan 4WD ketika waktu matahari terbenam di padang pasir pastinya satu pengalaman unik yang begitu mempesonakan. Alami aksi lasak dune bashing sambil anda menikmati perjalanan yang santai di kawasan bukit-bukit pasir yang sangat besar. Selepas tiba di tapak perkhemahan Traditional Camel Camp yang serba lengkap, terletak betul-betul di tengah-tengah bukit pasir, anda boleh mencuba Camel Ride (menaiki unta), menghisap Shisha dan makan malam BBQ Arab dengan daging dan salad yang enak. Semasa makan malam, anda juga boleh menonton pertunjukan tarian gelek Belly Dance yang memukau.




Pengalaman untuk menerokai kotaraya moden Dubai pastinya menjadi realiti untuk anda melalui pakej pelancongan ke Dubai dan Abu Dhabi yang diuruskan oleh pihak Ziarah Harmoni. Pakej pelancongan Muslim selama 6 hari 4 malam ini akan meliputi beberapa lokasi tarikan pelancongan utama di negara Emiriah Arab Bersatu seperti kelima-lima yang tertera di atas serta tempat-tempat lain di Abu Dhabi. Harga pakej ini adalah hanya RM5,343 setiap seorang dan ianya termasuk tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi oleh Emirates, tempat penginapan sepanjang lawatan, pengangkutan serta makanan harian ketika di sana. Terdapat beberapa pilihan tarikh pelepasan bermula bulan September 2016 sehingga Disember 2017.

Untuk menempah tempat anda, sila hubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.


No comments:

Post a Comment