Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Thursday, April 13, 2017

TOP 5: Makanan Segera yang PERLU Anda Bawa Ketika Pergi Melancong!

Lain orang lain seleranya. Ketika melancong ke luar negara, kadang-kala payah juga untuk mencari makanan kerana beberapa faktor seperti kesuntukan masa, status halal makanan di destinasi, selera peribadi, alahan dan sebagainya.

Berikut adalah Top 5 makanan segera yang disarankan untuk anda bawa ketika pergi melancong ke luar negara, untuk dijadikan "back-up" ketika berasa lapar:

1) Mi Segera

Mi segera amat mudah disediakan; nada hanya perlukan air panas. Oleh kerana itu, mi segera amat popular sekali sebagai makanan "emergency" yang sesuai dibawa ketika pergi melancong ke luar negara. Kebanyakan bilik hotel dilengkapi dengan teko pemanas air, jadi menyediakan mi segera tidak menjadi masalah!



2) Bubur Segera

Seperti mi segera, bubur segera juga amat mudah untuk dibawa pergi melancong dan amat mudah untuk disediakan. Bagi mereka yang agak mementingkan khasiat di dalam makanan, bubur segera barangkali mempunyai lebih banyak khasiat berbanding mi segera.



3) Nasi Lemak Segera

Tahukah anda yang kini di kebanyakan pasaraya, anda boleh dapatkan nasi lemak segera? Nasi lemak segera ini mudah dibawa ke mana-mana, termasuklah untuk pergi melancong. Anda hanya perlu panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sahaja dan ianya siap untuk dimakan. Wajib cuba tau!



4) Minuman Bijiran 3-in-1

Kadang-kala ketika sibuk makan angin, masa untuk makan juga amat pendek kerana terpaksa mengejarkan aturcara lawatan yang telah ditetapkan. Walaupun tidak sempat makan, jangan biarkan perut anda kosong! Meminum minuman bijiran 3-in-1 merupakan cara yang bagus untuk mengalas perut. Ianya juga membekalkan khasiat yang penting untuk badan anda kekal cergas sepanjang hari.



5) Kerepek atau makanan ringan yang lain

Jangan lupa juga membawa makanan snek kegemaran anda seperti kerepek pisang, kerepek ubi dan sebagainya. Maka nanti, tidaklah anda berapa lapar ketika berada di dalam bas, keretapi mahupun kapal terbang. Dalam masa yang sama, anda boleh menjimatkan wang daripada membeli snek yang mahal di luar negara.


No comments:

Post a Comment