Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, August 31, 2016

Istana Alhambra: Kesan Tinggalan Pemerintahan Islam di Andalusia

Istana Alhambra: Kesan Tinggalan Pemerintahan Islam di Andalusia

Istana Alhambra yang tersergam indah

Sejarah kerajaan Andalusia di Sepanyol begitu dikenali dan ditelaah di seantero dunia kerana ianya pernah menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Kota-kota besar di wilayah berkenaan seperti Cordoba dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmuan serantau pada ketika itu. Seville menjadi ibu kota Andalusia pada zaman kegemilangannya. Namun begitu, selepas abad ke-15 Andalusia telah beralih kuasa kepada  kerajaan Kristian dalam peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista, yang bermakna “Penaklukan Semula”.

Salah satu tinggalan teragung kerajaan Islam di Andalusia adalah Istana Alhambra yang merupakan kompleks istana dan kubu pertahanan. Ianya tersergam indah di puncak bukit La Sabica, di wilayah Granada, Sepanyol. Nama Alhambra berasal daripada bahasa Arab, “hamra” atau “ahmar” yang bererti warna merah. Oleh itu, Istana Alhambra yang bererti Istana Merah, diberikan kerana bangunan ini banyak dihiasi ubin-ubin dan bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan seramik yang bercirikan seni-seni binaan Islam yang hebat, di samping marmar yang putih dan indah.

Perkarangan AlHambra yang indah

Istana Alhambra didirikan oleh pengasas Kerajaan Bani Ahmar, Muhammad bin Al-Ahmar (dalam Khilafah Bani Umayyah). Proses pembinaan Istana Alhambra dilakukan secara berperingkat-peringkat, di antara tahun 1238 M dan 1358 M. Istana ini juga dilengkapi dengan taman bunga indah dan kolam air pancut. Terdapat juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada batuan marmar asli.

Di bahagian dalam Istana Alhambra terdapat pelbagai ruangan yang pastinya memukau para pengunjung: ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), ruangan pengadilan, serta ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran kaligrafi bahasa Arab. Di bahagian taman istana pula terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkari kolam tersebut.

Senibina Islam di Istana Alhambra

Ukiran kaligrafi Arab di dalam Istana Alhambra

Kedudukan lokasi Istana Alhambra yang berada di wilayah Granada juga menjadi faktor keunikan serta kemegahan bangunan ini. Kawasan bukit yang kini dikenali sebagai Bukit La Sabica, adalah salah satu kawasan yang amat strategik untuk dijadikan sebuah kubu pertahanan, tempat peintipan serta pencerapan. Andalusia terkenal dengan kesejahteraan rakyatnya serta kemajuan di dalam bidang pertanian serta bidang perdagangan. Justeru itu, ianya sering diancam oleh serangan-serangan daripada tentera kerajaan yang lain yang ingin menakluki jajahan ini.

Hampir berabad lamanya Islam berkuasa di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai kota pemerintahan dan pertahanan. Selain Istana Alhambra, satu lagi monumen penting kejayaan Islam di Sepanyol adalah The Great Mosque of Cordoba yang kini telah menjadi Gereja Santa Maria de la Sede atau “Virgin of Assumption”.

Kolam air pancut di Istana Alhambra

Istana Alhambra didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Ianya juga menjadi subjek utama di dalam buku novel klasik nukilan Washington Irving, Tales of the Alhambra. Irving tinggal di istana itu ketika menulis buku tersebut. Selepas buku tersebut diedarkan, ianya telah menjadikan Istana tersebut cukup terkenal di kalangan penduduk negara-negara barat.

Pengalaman untuk melihat sendiri keagungan senibina Istana Alhambra pastinya menjadi realiti untuk anda melalui pakej pelancongan ke Sepanyol dan Portugal yang diuruskan oleh pihak Ziarah Harmoni. Pakej pelancongan Muslim 12 hari 9 malam ini akan meliputi beberapa daerah utama di negara Sepanyol dan Portugal seperti Madrid, Barcelona, Alicante, Granada, Seville, Lisbon dan Toledo. Harga pakej ini adalah hanya RM7,839 setiap seorang dan ianya termasuk tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi oleh Emirates, tempat penginapan sepanjang lawatan, pengangkutan serta makanan harian ketika di sana. Terdapat beberapa pilihan tarikh pelepasan bermula bulan November 2016 sehingga Disember 2017.

Taman bunga di Istana Alhambra

Untuk menempah tempat anda, sila hubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com. 

No comments:

Post a Comment