Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Thursday, August 4, 2016

Tip Untuk Menjimatkan Masa di Lapangan Terbang

Tip Untuk Menjimatkan Masa di Lapangan Terbang

Urusan "check in" di lapangan terbang seringkali memakan masa yang lama, terutamanya jika anda mengabaikan peraturan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh menjimatkan masa anda di lapangan terbang:

1. Tiba awal di Lapangan Terbang



Kenalpasti waktu penerbangan anda dan cuba untuk tiba di lapangan terbang 3-4 jam sebelum waktu tersebut untuk penerbangan antarabangsa atau 2-3 jam untuk penerbangan tempatan. Ambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan trafik, cara pengangkutan dan cuaca yang mungkin membuatkan anda terkandas di jalanraya dan tiba lewat di lapangan terbang.

Sehari sebelum penerbangan, anda juga disarankan untuk semak status tempahan penerbangan anda kerana adakalanya syarikat penerbangan membatalkan atau mengubah waktu penerbangan.

2. Pastikan anda mempunyai dokumen yang diperlukan



Seminggu sebelum penerbangan anda, sila semak dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk perjalanan anda. Pastikan passport anda tidak tamat tempoh dan visa anda (sekiranya perlu) telah dikeluarkan untuk anda.

Sebelum meninggalkan rumah anda untuk ke lapangan terbang, pastikan semua dokumen perjalanan yang diperlukan berada di dalam beg anda.

Acap kali penumpang terkandas di lapangan terbang kerana passport yang telah tamat tempoh ataupun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang diperlukan.

3. Pastikan bagasi anda tidak melebihi had yang ditetapkan



Sehari sebelum perjalanan anda, pastikan anda mengemaskan pakaian dan barangan keperluan anda yang lain dengan teliti. Timbang kesemua bagasi anda supaya tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Had bagasi selalunya bergantung kepada jenis syarikat penerbangan, kelas tiket dan jenis penerbangan (antarabangsa/tempatan). Membawa lebihan bagasi boleh membuatkan anda kelewatan semasa proses ‘check in’ di kaunter penerbangan anda. Alat penimbang bagasi (seperti yang tertera di gambar di bawah) boleh di dapati di kebanyakan kedai yang menjual bagasi.



4. Pakai pakaian yang selesa dan minima



Ketika di lapangan terbang, anda disarankan memakai pakaian yang ringkas dan selesa. Elakkan pakaian yang mempunyai besi kerana ianya akan membunyikan sistem kelesamatan di pintu sekuriti.

Memakai pakaian yang sarat dan berlapis-lapis boleh membuatkan pihak sekuriti berasa syak/was-was dan anda bakal diperiksa di pintu keselamatan.

5. Elakkan membawa barangan yang dilarang



Kenali barangan yang dilarang untuk dibawa di dalam bagasi anda. Semak senarai barangan tersebut di artikel oleh Harian Metro ini: http://www.hmetro.com.my/node/47448


No comments:

Post a Comment