Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Thursday, August 11, 2016

Perkara yang perlu anda beli sebelum pergi melancong!

Terdapat beberapa perkara/produk yang perlu anda beli untuk memastikan perancangan makan angin anda berjalan dengan lancar:

1) Pengukur berat bagasi

Alat ini amat berguna untuk anda menimbang beg/bagasi anda supaya ianya tidak melebihi had berat yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan yang digunakan.



2) Tag bagasi

Meletakkan tag bagasi yang tertulis nama anda serta nombor telefon dan alamat rumah boleh membantu syarikat penerbangan menjejaki anda sekiranya bagasi anda lewat tiba ataupun hilang.



3) Dompet pelancong

Dompet seperti ini membolehkan wang dan dokumen lain disimpan dengan tersusun dan selamat bagi mengelakkan kejadian kecurian atau tercicir semasa perjalanan.


4) Ubat tidur

Bagi mereka yang sering mengalami masalah tidak boleh tidur semasa di dalam kapal terbang, bolehlah mengambil pil yang dapat membantu anda tidur. Mendapat tidur yang mencukupi amat penting supaya anda tidak berasa keletihan sesusah sampai di destinasi.



5) Tisu basah

Tisu basah amat berguna untuk mengelap peluh, membersihkan meja makan yang kotor ataupun memastikan tempat duduk tandas benar-benar bersih.



6) Kalkulator kecil

Kepada mereka yang tidak mempunyai telefon pintar, membawa kalkulator kecil semasa makan angin boleh memudahkan anda membuat pengiraan pertukaran matawang ketika membeli-belah dan juga ketika proses tawar-menawar bersama penjual.



7) Buku bahasa tempatan

Membawa buku bahasa tempatan bersaiz poket amat berguna ketika anda ingin berkomunikasi dengan penduduk tempatan.



8) Aplikasi waktu solat

Bagi mereka yang mempunyai telefon pintar, bolehlah anda memuat turun aplikasi waktu solat supaya anda tidak kekeliruan tentang waktu solat di destinasi yang anda lawati.



9) Tapak kasut jeli

Bagi mengelakkan kaki anda lenguh akibat banyak berjalan kaki semasa pergi melancong, anda boleh meletakkan tapak kasut jeli di dalam kasut anda supaya ianya berasa lebih selesa dan kurang impak pada tapak kaki.



10) Pil multivitamin

Bagi memastikan anda kekal sihat dan cergas semasa pergi melancong, anda disarankan untuk membawa pil mutivitamin. Ianya juga mampu mengelakkan anda daripada dijangkiti penyakit ringan seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.






No comments:

Post a Comment