Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, September 7, 2016

BULETIN : Pelancaran rasmi Ziarah Harmoni bersempena MATTA Fair September 2016.

BULETIN ZIARAH HARMONI: Pelancaran rasmi Ziarah Harmoni bersempena MATTA Fair September 2016, menawarkan pakej-pakej perlancongan Muslim



MATTA Fair berlangsung sekali lagi baru-baru ini dari 2 sehingga 4 September 2015 di Putra World Trade Centre (PWTC). Membuat penampilan sulungnya dalam acara ini, Ziarah Harmoni telah menawarkan pelbagai pakej percutian Muslim yang hebat ke puluhan destinasi terkemuka di seluruh dunia pada harga yang mampu-beli. Sejajar dengan permintaan untuk pakej-pakej perlancongan berasaskan Muslim yang semakin meningkat daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam, Ziarah Harmoni telah menyahut cabaran tersebut bagi menawarkan mutu produk yang tinggi dengan kepelbagaian pilihan untuk destinasi.

Ziarah Harmoni merupakan syarikat agensi perlancongan baru yang berkolaberasi dengan syarikat Malaysian Harmony Tour & Travel yang sudah pun mempunyai pengalaman di dalam industri yang sama sejak lebih tiga dekat yang lalu. Berbekalkan kredibiliti dan beberapa anugerah yang berjaya diraih oleh Malaysian Harmony Tour & Travel, Ziarah Harmoni berhasrat untuk menjadi agensi pelancongan Muslim yang paling unggul di negara ini dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Selain destinasi-destinasi malar hijau yang menjadi idaman ramai orang seperti Turki, London, Paris dan Amsterdam, Ziarah Harmoni juga menawarkan variasi pakej perlancongan lain seperti ke Korea, Jepun, Balkan, Sepanyol, Portugal, India, Afrika Selatan, China, Vietnam dan banyak lagi.

Ziarah Harmoni berpegang kepada prinsip bahawa pakej percutian Muslim seharusnya meriangkan, tidak rumit, berkualiti tinggi dan yang paling penting harga yang mampu-beli. Ramai rakyat Malaysia sebenarnya menyimpan hasrat untuk pergi melancong ke luar negara namun tidak gemarkan  kerumitan untuk merancang percutian tersebut. Oleh itu, semua pakej percutian dari Ziarah Harmoni adalah termasuk tiket penerbangan pergi-balik, penginapan hotel 3 atau 4 bintang, pengangkutan darat yang selesa dan makanan harian.



Lawatan ke negara-negara di semenanjung Balkan merupakan antara pakej percutian yang teristimewa daripada Ziarah Harmoni, yang merangkumi 6 negara di dalam satu lawatan. Peserta akan menjelajahi daerah-daerah yang cukup indah di negara Turki, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia, Montenegro, Croatia dan Albania. Bersiap sedia dengan kamera untuk mengambil gambar panorama yang mempersonakan di sepanjang perjalanan lawatan. Ketika lawatan berlangsung, peserta juga dapat mempelajari sejarah peperangan saudara yang pernah meletus ketika berada di Sarajevo dan Mostar. Inilah pakej pengembaraan yang lain daripada yang lain bagi mereka yang inginkan sebuah pengalaman makan angin yang unik.

Perkara yang paling menarik mengenai pakej percutian ke Balkan daripada Ziarah Harmoni ini adalah harganya! Harga bagi pakej selama 10 hari dan 8 malam ini hanya RM6,999 seorang; merupakan antara yang terendah di pasaran.

Selain Balkan, permintaan untuk pakej ke Dubai juga sentiasa tinggi dan mendapat sambutan yang konsisten. Melalu Ziarah Harmoni, peserta dapat meneroka ke 2 bandar metropolitan utama di Timur Tengah; Dubai dan Abu Dhabi! Di Dubai, bergambar bersama menara yang tertinggi di dunia, Burj Khalifa dan melihat pertunjukan air pancut berirama yang terletak di hadapan bangunan tersebut. Membeli-belah barangan berjenama mewah di Dubai Mall dan juga barangan perhiasan dan makanan pada harga diskaun di Spice Souq. Pergi melihat padang pasir di Dubai dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Di Abu Dhabi, lawati Masjid Sheikh Zayed yang amat indah dan juga merupakan masjid ke-3 terbesar di dunia. Bersiar-siar menaiki bot sambil mengamati pemandangan kota Abu Dhabi dan mencuba makanan ala Timur Tengah yang amat enak. Pakej percutian 6 hari dan 4 malam ke Dubai dan Abu Dhabi ini dijual hanya pada harga RM 5,953 bagi setiap orang semasa MATTA Fair berlangsung.

Satu lagi pakej perlancongan unik yang dihasilkan oleh Ziarah Harmoni adalah lawatan ke Sepanyol dan Portugal. Pakej pelancongan Muslim selama 12 hari 9 malam ini akan meliputi beberapa daerah utama di negara Sepanyol dan Portugal seperti Madrid, Barcelona, Alicante, Granada, Seville, Lisbon dan Toledo. Pengalaman untuk melihat sendiri keagungan senibina Istana Alhambra, salah satu bukti kerajaan Islam Andalusia, pastinya menjadi realiti melalui pakej pelancongan ke Sepanyol dan Portugal yang diuruskan oleh pihak Ziarah Harmoni ini. Harga pakej adalah hanya RM7,839 setiap seorang dan ianya termasuk tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi oleh Emirates, tempat penginapan sepanjang lawatan, pengangkutan serta makanan harian ketika di sana. Terdapat beberapa pilihan tarikh pelepasan bermula bulan November 2016 sehingga Disember 2017.



Baru-baru ini, bagi membuktikan kepakarannya di dalam mengelolakan lawatan perlancongan ke luar negara, Ziarah Harmoni telah diberi kepercayaan oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid bagi menguruskan percutian ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 di Perth, Australia.

Dato’ Siti Nurhaliza juga bakal bekerjasama dengan Ziarah Harmoni untuk mengadakan dua pakej perlancongan bersama peminatnya. Pakej pertama adalah pakej ke Sepanyol selama 10 hari 7 malam yang berlepas pada 8 November 2016. Lawatan ini memberi peluang kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza mengembara ke Sepanyol, dan menikmati makan malam serta dihiburkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza ketika di Madrid. Pakej kedua pula adalah ke Dubai dan Abu Dhabi selama 6 hari 4 malam yang bertolak pada 14 November 2016. Pakej ini juga menawarkan peluang untuk peminat Dato’ Siti Nurhaliza untuk melawat Dubai serta dihiburkan oleh beliau dalam satu majlis makan malam yang eksklusif di sana. Para peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang ingin turut serta pergi melancong ke salah satu atau kedua-dua lawatan ini, bolehlah membuat pendaftaran dengan segera kerana tempat adalah terhad.


Untuk mandapatkan informasi lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni, silalah menghubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.


No comments:

Post a Comment