Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Friday, March 10, 2017

Ziarah Harmoni sudah bersedia untuk MATTA Fair Mac 2017!

Ziarah Harmoni sudah bersedia untuk MATTA Fair Mac 2017, menawarkan lebh banyak pakej pelancongan yang berorientasikan Muslim

Penyertaan sulung Ziarah Harmoni ketika MATTA Fair September 2016 yang lalu.

Memulakan kitaran baru pada tahun ini, acara MATTA Fair akan berlangsung sekali lagi dari 17 hingga 19 Mac 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Meneruskan kejayaan besar daripada penyertaan sulungnya pada September lalu, Ziarah Harmoni bakal menawarkan pelbagai pilihan untuk pakej-pakej percutian berorientasikan Muslim yang hebat ke berpuluh-puluh destinasi utama di dunia pada harga yang berpatutan.

Berikutan permintaan yang kukuh dan berterusan untuk pakej-pakej pelancongan berorientasikan Muslim daripada pengguna tempatan, Ziarah Harmoni memutuskan untuk menyahut cabaran bagi mengisi jurang dengan menawarkan produk berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan untuk destinasi.

Ziarah Harmoni adalah sebuah agensi pelancongan yang baru bertapak dan juga merupakan jabatan perlancongan muslim bebas oleh Malaysia Harmony Tour & Travel, yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam industri yang sama selama lebih tiga dekad. Berbekalkan kredibiliti dan beberapa anugerah yang diperolehi oleh Malaysia Harmony Tour & Travel, Ziarah Harmoni berhasrat untuk menjadi sebuah agensi pelancongan Muslim unggul di negara ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Selain pelbagai destinasi terlaris seperti Turki, Dubai, Abu Dhabi, London, Paris dan Amsterdam yang menjadi impian ramai orang, Ziarah Harmoni juga menawarkan beberapa pakej perlancongan baru ke tempat-tempat popular seperti Balkan, New Zealand, Gold Coast, Hong Kong, Chiangmai dan banyak lagi.

Ziarah Harmoni berpegang teguh kepada prinsip terasnya yang bahawa pakej perlancongan berorientasikan Muslim sepatutnya meriangkan untuk semua peringkat umur, tidak merumitkan, berkualiti tinggi dan paling penting ditawarkan pada kadar harga berpatutan. Ramai rakyat Malaysia kini sebenarnya mampu untuk pergi melancong ke luar negara tetapi mudah berasa takut untuk merancang bercuti. Oleh itu, semua pakej pelancongan Ziarah Harmoni termasuk tiket penerbangan pergi-balik (kelas ekonomi), penginapan hotel bertaraf 3 atau 4 bintang, perkhidmatan pengangkutan darat yang selesa dan makanan halal atau mesra Muslim setiap hari.

Pekan Mostar di Bosnia (Sumber gambar: Google)

Lawatan ke negara-negara di semenanjung Balkan merupakan antara pakej percutian yang teristimewa daripada Ziarah Harmoni, yang merangkumi 6 negara di dalam satu lawatan. Peserta akan menjelajahi daerah-daerah yang cukup indah di negara Turki, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia, Montenegro, Croatia dan Albania. Bersiap sedia dengan kamera untuk mengambil gambar panorama yang mempersonakan di sepanjang perjalanan lawatan. Ketika lawatan berlangsung, peserta juga dapat mempelajari sejarah peperangan saudara yang pernah meletus ketika berada di Sarajevo dan Mostar. Inilah pakej pengembaraan yang lain daripada yang lain bagi mereka yang inginkan sebuah pengalaman makan angin yang unik.

Perkara yang paling menarik mengenai pakej percutian ke Balkan daripada Ziarah Harmoni ini adalah harganya dan itinerary yang baru dikemaskini! Harga bagi pakej selama 11 hari dan 8 malam ini hanya RM7,629 seorang; merupakan antara yang terendah di pasaran.

Selain Balkan, Ziarah Harmoni baru sahaja memperkenalkan pakej perlancongan yang menarik ke New Zealand dengan program perjalanan yang berorientasikan Muslim. Dengan Ziarah Harmoni, peserta lawatan dapat menerokai bandar-bandar utama di negara itu seperti Christchurch, Queenstown, Auckland, Waitomo, Rotorua dan banyak lagi. Fokus utama pakej ini adalah lawatan ke The Hobbiton Village, yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem-filem Lord of the Rings dan The Hobbit. Perkara paling menarik di situ termasuk Bagshot Row, Tree Party dan rumah Bag End Bilbo. Kini lokasi tersebut mempunyai 44 lubang rumah Hobbit, walaubagaimanapun hanya beberapa sahaja boleh dimasuki oleh para pelawat. Pakej perlancongan 9 hari dan 7 malam ke New Zealand ini akan dijual hanya pada harga RM 12,606 seorang semasa MATTA Fair yang akan datang.

The Hobbiton Village di New Zealand (Sumber gambar: Google)

Ziarah Harmoni juga mempunyai tiga pakej perlancongan baru yang direka khusus untuk percutian keluarga yang hebat: pakej ke Hong Kong, pakej ke Chiangmai dan pakej pelayaran Star Cruise dari Pulau Pinang ke Thailand. Pilih untuk membawa orang-orang tercinta anda untuk berseronok di Hong Kong Disneyland, mempelajari tentang habitat gajah di Pusat Perlindungan Gajah, atau menaiki kapal persiaran mewah penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan! Pakej perlancongan Hong Kong dan Chiangmai masing-masing berharga RM2,999 dan RM1,899 dengan beberapa tarikh berlepas bermula musim panas ini. Sementara itu, pakej pelayaran Star Cruise bermula pada RM1,099 dengan pelbagai tarikh berlepas bermula awal April 2017.

Hong Kong Disneyland merupakan destinasi yang sesuai untuk percutian keluarga (Sumber gambar: Google)

Satu lagi pakej perlancongan khas yang dianjurkan oleh Ziarah Harmoni adalah perjalanan ke Gold Coast di Australia pada 28 Jun 2017, bersempena dengan Gold Coast Airport Marathon (GCAM) 2017 yang akan diadakan pada 1 dan 2 Julai. Selain mengambil bahagian dalam acara marathon tersebut, peserta lawatan juga dapat melawat beberapa tarikan utama di bandar Gold Coast seperti Sea World, Warner Brothers Movie World, Gold Coast Night Quarter dan banyak lagi. Dengan harga RM4,279, lawatan 7 hari dan 4 malam ini amat sesuai untuk pelari maraton profesional atau yang hanya mahu menerokai bandar Gold Coast.

Untuk mandapatkan informasi lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni, silalah menghubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.


Percutian Star Cruise dari Penang ke Thailand (Sumber gambar: Google)

No comments:

Post a Comment