Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, March 22, 2017

Perkara-Perkara yang MESTI Anda Cuba Ketika di Turki!

Turki merupakan destinasi percutian seisi keluarga yang cukup hebat. Bukan sahaja negara tersebut kaya dengan adat budaya yang unik, malah keindahan alam sekitarnya bakal membuatkan para pelancong terpukau.

Berikut adalah perkara-perkara yang MESTI anda cuba ketika berada di Turki:

1) Mencuba makanan-makanan tempatan.

Turki amat kaya dengan makanan-makanan tradisi yang enak. Berikut adalah beberapa makanan orang Turki yang mesti anda cuba:

Kebab daging bersama roti

Lahmacun (Roti daging Turki) 

Turkish delights

Teh epal Turki

2) Menaiki belon udara di daerah Cappadocia.

Ketika berada di daerah Cappadocia, jangan lupa untuk menaiki belon udara di sana. Walaupun bayarannya agak mahal (USD200-250 untuk setiap seorang), tetapi pengalamannya amat berbaloi. Anda boleh melihat keindahan bentuk muka bumi di daerah itu ketika waktu matahari terbit. Sangat indah sekali!

Lihat contoh video di bawah ini! :



3) Membeli-belah di Spice Bazaar dan Grand Bazaar.

Dua tempat membeli-belah yang amat popular dan bersejarah di kota Istanbul adalah Spice Bazaar dan Grand Bazaar. Pelbagai cenderahati dan makanan boleh anda beli di sana; rempah ratus yang segar, minyak wangi, Turkish delights, kemeja t, barangan kemas, barangan perhiasan rumah dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan tawar-menawar adalah dibenarkan.



4) Melawat Hagia Sophia dan bersolat di Masjid Biru.

Hagia Sophia merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Istanbul, Turki. Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada tahun 1935.



Manakala itu, Masjid Sultan Ahmed adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.



5) Melihat janggut Rasullulah s.a.w. di Istana Topkapi.

Peluang untuk melihat seurat janggut milik Rasullulah s.a.w. bakal menjadi kenyataan sekiranya melawat Istana Topkapi.

Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.

Seurat janggut Rasullullah s.a.w. yang dipamerkan di Istana Topkapi, Istanbul.


No comments:

Post a Comment