Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Tuesday, March 28, 2017

Bakal ke Jepun Tidak Lama Lagi? Ini Perkara Yang Perlu anda Tahu!

5 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melancong ke Tokyo.

1. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh berbahasa Inggeris.

Negara Jepun merupakan negara yang hampir homogeneous, bermakna peratus bilangan kaum utama di negara tersebut adalah sangat tinggi. Oleh kerana itu, kebanyakan daripada mereka hanya fasih berbahasa Jepun dan tidak boleh bertutur di dalam bahasa lain.

Ini mungkin menjadi satu masalah kepada anda sekiranya anda perlu berkomunikasi dengan orang tempatan di sana ketika berada di restoran, kedai, lapangan terbang dan sebagainya.

Masalah ini boleh diatasi sekiranya anda memuat turun aplikasi menterjemah bahasa yang mudah didapati sekarang pada telefon pintar anda. Selain itu, anda juga boleh membawa kamus Inggeris-Jepun dalam saiz poket atau membuat cheat sheet dengan menyenaraikan beberapa frasa mudah di dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Jepun.



2. Bawa wang tunai yang mencukupi

Walaupun kebanyakan kedai-kedai besar di Tokyo menerima bayaran dalam bentuk kad kredit, tetapi masih banyak kedai-kedai kecil yang hanya menerima wang tunai sahaja. Oleh itu, anda disarankan membawa wang tunai yang mencukupi ketika lawatan anda di sana.




3. Kini, pilihan makanan Halal di Tokyo semakin banyak!

Kerajaan negara Jepun sejak kebelakangan ini begitu proaktif dalam usaha menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk para pelancong yang beragama Islam. Kini, terdapat banyak pilihan restoran di Tokyo yang menyediakan makanan halal. Anda boleh rujuk laman sesawang ini untuk senarai restoran Halal di kota Tokyo: http://www.halalmedia.jp/archives/944/list-halal-restaurant-bento-online-store-japan/




4. Elakkan menaiki teksi di Tokyo!

Kadar tambang teksi di Tokyo adalah amat mahal. Secara purata, harga tambang daripada Lapangan Terbang  Haneda ke pusat bandar Tokyo boleh mencecah sehingga 800 ringgit!

Oleh itu, elakkan menaiki teksi ketika berada di kota Tokyo. Anda boleh menaiki LRT di sana pada kadar harga yang jauh lebih murah. Sistem LRT di sana amat canggih, menepati masa dan meliputi seluruh kawasan di kota tersebut.

Pelajari lebih lanjut tentang perkhidmatan LRT di sana pada laman sesawang ini: http://www.japan-guide.com/e/e2017.html




5. Tiada kemudahan Wifi percuma di Tokyo!

Walaupun negara Jepun terkenal sebagai sebuah negara yang begitu maju dalam bidang aplikasi teknologi, namun anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa tiada kemudahan wifi percuma boleh didapati di sekitar kawasan kota Tokyo. Kebanyakan premis-premis perniagaan di sana hanya menawarkan kemudahan wifi berbayar untuk pengguna-pengguna syarikat telefon tempatan sahaja.


Oleh itu, cara paling mudah untuk mendapatkan akses internet ketika berada di Tokyo adalah dengan membeli kad sim data yang boleh didapati di lapangan terbang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan roaming daripada syarikat telefon yang anda langgani namun kemungkinan besar anda harus membayar caj yang mahal untuk servis tersebut.



No comments:

Post a Comment