Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Tuesday, August 1, 2017

PAKEJ PERLANCONGAN TERBARU DARIPADA ZIARAH HARMONI!

PAKEJ PERLANCONGAN TERBARU DARIPADA ZIARAH HARMONI UNTUK MUSIM LURUH/SALJI 2017!


1) HOKKAIDO, JEPUN


Terokai keindahan daerah Utara yang popular di negara Jepun, iaitu Hokkaido! Lawati kolam air panas semulajadi di Jigokudani Valley. Singgah di daerah Otaru untuk melihat muzium kotak muzik dan kilang membuat barangan kristal kaca. Alami keseronokan maksimum di Sapparo dengan aktiviti membeli-belah di Nijo Market, Tanukikoji Shopping Arcade dan Mitsui Outlet Park Sapporo. Saksikan panorama terindah di Gunung Showa Shinza yang pastinya menggamit hati anda! Hokkaido menanti kedatangan anda!

PAKEJ PERCUTIAN MUSLIM KE HOKKAIDO, JEPUN \ 5 HARI 4 MALAM \ HARGA HANYA DARI RM6,399! \ PERLEPASAN BERMULA OGOS 2017

Klik di sini untuk maklumat lanjut: 



2) INDIA


Terokai keindahan alam semulajadi, keunikan budaya dan tinggalan sejarah yang mempersonakan di New Delhi, Agra, Jaipur dan Kashmir. Jejakkan kaki anda di Taj Mahal, salah satu keajaiban dan warisan dunia. Nikmati panorama hebat dan iklim nyaman ketika di Kashmir. Pastinya satu pakej percutian hebat bak bintang Bollywood.

PAKEJ PERCUTIAN MUSLIM KE INDIA \ 9 HARI 7 MALAM \ HARGA HANYA RM4,699! \ PERLEPASAN BERMULA NOVEMBER 2017


3) JORDAN


Jelajah dan terokai sejarah Islam dan kisah para Nabi melalui lawatan ke tempat-tempat yang ketara di Jordan dan bandar Jerusalem. Di Jordan, lawati Ancient City of Petra. Tapak bersejarah ini telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Bandar arkeologi ini telah dibina daripada ukiran batu dan telah menjadi simbol pelancongan utama di negara ini. Melawat juga ke Laut Mati, bandar Amman, bandar Jericho, Makam sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga Makam Nabi Musa. Di bandar Jerusalem, saksikan keindahan Masjid Al Aqsa, lawati Dome of The Rock dan menikmati pemandangan yang indah Yerusalem dari Bukit Zaitun.

PAKEJ PERCUTIAN MUSLIM KE JORDAN + BAITULMAQDIS (JERUSALEM) \ 9 HARI 7 MALAM \ HARGA HANYA RM8,149! \ PERLEPASAN BERMULA SEPTEMBER 2017.


4) AFRIKA SELATAN


Terbang ke destinasi eksotik dan unik; Afrika Selatan! Ziarah Capetown untuk melihat sendiri komuniti melayu Capetown di Malay Quarters yang amat berbeza dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Mendaki ke Table Mountain dengan menggunakan kereta kabel dan melihat panorama Capetown daripada altitud tinggi. Mendekati keindahan flora dan fauna di Pilanesberg National Park di Johannesburg. Melihat dan mengambil gambar pelbagai jenis hidupan liar dari jarak dekat, manakala ranger anda menjelaskan taktik survival haiwan di padang gurun. Sebelum pulang, singgah di Mauritius, pulau indah yang terkenal dengan pantai yang jernih dan cuaca tropika yang mendamaikan.

PAKEJ PERCUTIAN MUSLIM KE AFRIKA SELATAN + MAURITIUS \ 10 HARI 6 MALAM \ HARGA HANYA RM9,399! \ PERLEPASAN BERMULA OKTOBER 2017

Klik di sini untuk maklumat lanjut:


5) SEPANYOL DAN PORTUGAL


Lawati dua negara popular di Eropah; Sepanyol dan Portugal. Jelajah Barcelona, Madrid, Seville dan Granada di Sepanyol serta terokai Lisbon dan Cabo da Roca di Portugal. Antara destinasi yang paling menarik di Sepanyol adalah Istana Al-Hambra di Granada. Istana yang dibina ketika kerajaan Islam di Andalusia masih memerintah ini merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO di dunia. Saksikan juga persembahan tarian Flamenco yang pastinya memukau anda!

PAKEJ PERCUTIAN MUSLIM KE SPAIN & PORTUGAL \ 12 HARI 9 MALAM \ HARGA HANYA  RM9,544! \ PERLEPASAN BERMULA OGOS 2017

Klik di sini untuk maklumat lanjut: 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk pertanyaan, boleh hubungi kami: Tel: 03-2142 9266 / Whatsapp: 012-656 3314 / Emel: info@ziarahharmoni.com. Anda boleh terus Whatsapp kepada kami dengan klik link di bawah:
http://www.wasap.my/+60126563314