Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, December 21, 2016

TOP 5: Cara Mudah Untuk Berjimat Ketika Melancong

TOP 5: Cara Mudah Untuk Berjimat Ketika Melancong

Terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika melancong di luar negara namun kebanyakan daripada kita tidak mengendahkannya.

Berikut adalah 5 cara paling mudah untuk anda menjimatkan wang ketika sedang melancong di luar negara:

1. Pengangkutan Awam & Pas Harian/Mingguan


Secara umumnya, kebanyakan destinasi perlancongan di seluruh dunia mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik seperti bas, LRT/MRT dan sebagainya.

Oleh itu, anda tidak perlu berhabis duit untuk menaiki teksi yang selalunya lebih mahal. Pilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Tambahan pula, anda boleh membeli pas harian/mingguan yang jauh lebih murah daripada membeli tiket-tiket individu.

2. Tiket Bundle & Pas untuk Pelancong


Destinasi perlancongan seperti London, Paris, Turki dan banyak lagi ada menawarkan pas/tiket masuk bundle untuk beberapa muzium dan tempat tarikan perlancongan yang lain dengan menggunakan 1 tiket.

Ketahui di mana anda boleh mendapatkan pas/tiket tersebut kerana kadar penjimatannya adalah besar.

3. Membeli makanan di Marketplace / Convenient Shop


Makan di restoran memang mahal. Tambahan pula anda perlu membayar tips, cukai kerajaan dan cukai servis.

Makanan yang enak boleh dibeli di bahagian marketplace di supermarket atau department store. Selain itu, di convenient shop seperti Seven Eleven juga ada menjual makanan yang enak pada harga yang amat murah.

4. Menggunakan diskaun pelancong di kedai-kedai terpilih


Setiap kali anda memasuki butik-butik, tanya kepada pekerja di situ samada mereka ada menawarkan diskaun istimewa kepada pelancong asing. Selalunya mereka ada menawarkan diskaun seperti itu walaupun tidak tertera dengan jelas di premis mereka.

Sebagai contoh, kebanyakan kedai di Seoul menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada pelancong asing yang membayar barangan dengan menggunakan kad kredit bukan tempatan / kad kredit antarabangsa (Visa/Mastercard).

5. Pulangan wang untuk Cukai VAT


Tahukah anda bahawa anda sebenarnya layak untuk mendapatkan pulangan wang daripada cukai VAT ketika anda membeli-belah di luar negara?

Setiap kali anda membeli-belah, pastikan anda minta resit "VLT rebate/refund" daripada cashier. Kumpulkan semua resit VAT anda dan anda boleh failkan tuntutan pulangan cukai ketika di lapangan terbang sebelum pulang ke tanahair.


Thursday, December 8, 2016

TOP 5: Tarikan Perlancongan Terhebat di Kota Seoul, Korea Selatan

TOP 5: Tarikan Perlancongan Terhebat di Kota Seoul

1. Gyeongbokgung Palace



Dibina pada tahun 1395, Gyeongbokgung Palace juga sering dirujuk sebagai Istana Utara kerana lokasi terletak di utara jauh jika dibandingkan dengan istana jiran Changdeokgung (Istana Timur) dan Gyeonghuigung (Western Palace) Palace. Gyeongbokgung Palace adalah boleh dikatakan yang paling indah, dan kekal yang terbesar daripada semua lima istana yang terletak di kota Seoul.

Premis pernah dimusnahkan oleh api semasa Perang Imjin (Pencerobohan Jepun, 1592-1598). Walau bagaimanapun, semua bangunan istana kemudiannya dipulihkan di bawah kepimpinan Heungseondaewongun semasa pemerintahan King Gojong (1852-1919).

Luar biasa sekali, bangunan-bangunan yang paling wakil Dinasti Joseon, Pavilion Gyeonghoeru dan Hyangwonjeong Pond, masih kekal utuh. Woldae dan patung Geunjeongjeon (The Royal Audience Chamber) mewakili masa lalu ukiran seni kontemporari.

2. Myeongdong



Myeongdong adalah salah satu daerah membeli-belah utama di Seoul. Ianya terletak di tengah-tengah blok dengan satu bermula dari Stesen Kereta Api Bawah Tanah Myeong-dong (Line Subway Seoul No. 4) dan yang satu lagi dari Lotte Department Store di Euljiro. Banyak kedai-kedai jenama dan kedai-kedai jabatan beratur di jalan-jalan dan lorong-lorong. produk-produk biasa untuk dijual termasuk pakaian, kasut, dan aksesori.

Tidak seperti Namdaemun atau Dongdaemun, banyak jenama terkenal yang dijual di Myeongdong. Selain itu, beberapa kedai-kedai jabatan utama termasuk Lotte Department Store, Shinsegae Department Store, Myeongdong Migliore, Noon Square dan M Plaza. Pusat membeli-belah membawa label premium banyak dan barangan bergaya lain pada harga yang berpatutan.

3. NANTA Show




Nanta Show adalah pertunjukan komedi tanpa lisan di Korea Selatan yang menggabungkan irama nori samul tradisional. Ia ditayangkan pada bulan Oktober 1997 di Hoam Art Hall di Seoul.

Persembahan muzikal ini mempunyai cerita belakang mudah di mana tiga tukang masak cuba menyelesaikan menyediakan jamuan perkahwinan dalam had masa yang ketat manakala pengurus memasang anak saudara yang tidak cekap di kalangan kakitangan dapur. Rancangan ini melibatkan akrobatik, silap mata, komedi, pantomim dan penyertaan penonton. Elemen yang menyatukan seluruh muzikal itu ialah penggunaan muzik samul tradisional Korea Nori, yang dalam kes ini dilakukan dengan instrumen spontan, seperti papan memotong, kanister air dan pisau dapur. prestasi adalah hampir sepenuhnya bukan lisan. Sangat sedikit kata-kata yang dituturkan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

4. Itaewon



Itaewon adalah tempat yang unik di Seoul di mana pengunjung boleh melihat masyarakat daripada pelbagai bangsa dan budaya. Seoul telah menjadikan Itaewon sebagai 'Daerah Khas Pelancongan' yang pertama untuk menyerlahkannya sebagai destinasi untuk perlawanan antarabangsa untuk menikmati kepelbagaian pengalaman budaya, membeli-belah, dan hiburan.

Masjid Besar Seoul juga terletak di kawasan Itaewon dan terdapat juga pelbagai restoran halal di sekitarnya.

5. Everland




Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan. Terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi-do, ia mempunyai 7.3 juta pelawat setiap tahun dan mendapat kedudukan keenam belas di dunia untuk kehadiran taman hiburan pada tahun 2014. Bersama-sama dengan tarikan utamanya, Everland juga mempunyai zoo dan taman air yang dikenali sebagai Caribbean Bay. Everland dikendalikan oleh Samsung C & T Corporation (sebelum ini dikenali sebagai Samsung Everland, Cheil Industries), yang merupakan anak syarikat Kumpulan Samsung.

Monday, November 28, 2016

10 Barangan Penjagaan Diri yang Perlu Anda Bawa Ketika Melancong!

10 Barangan Penjagaan Diri yang Perlu Anda Bawa Ketika Melancong!

Tidak kiralah kaum Hawa mahupun Adam, menjaga kebersihan badan dan muka ketika melancong adalah amat penting. Walaupun berada di negara asing, penampilan diri harus dijaga rapi.

Berikut adalah 10 barangan penjagaan diri yang perlu anda bawa ketika pergi melancong:

1. Deodoran

Tiada siapa yang sukakan bau badan dan peluh! Pastikan anda memakai deodoran ketika menjalani aktiviti ketika sedang makan angin. Pastikan deodoran yang anda pilih mampu untuk menghapuskan bau badan dan mengelakkan peluh sehingga 24 jam atau lebih.



2. Losyen Pelindung Matahari

Tidak kiralah ke mana anda pergi melancong, pastikan anda melindungi muka dan kulit badan anda daripada sinaran UV yang amat merbahaya. Pilihlah losyen pelindung Matahari yang mempunyai paling kurang SPF50. Pilih juga losyen dengan formulasi yang sesuai dengan jenis kulit anda.



3. Losyen Badan

Sekiranya anda pergi melancong ketika musim dingin, perlu diingatkan bahawa kulit anda akan menjadi cepat kering oleh kerana angin sejuk yang bertiup di destinasi tersebut. Jadi, jangan lupa untuk memakai losyen badan setiap kali selepas mandi agar kulit muka dan badan anda sentiasa lembap dan licin.



4. Minyak Wangi / Semburan Badan

Selain memakai deodoran, mengenakan minyak wangi dapat membantu anda agar sentiasa berbau segar dan menyenangkan ketika berada di luar melawat tempat-tempat yang menarik di destinasi pilihan anda. Bawa minyak wangi di dalam botol semburan kecil supaya mudah untuk dibawa ke mana sahaja.



5. Balsem Bibir (Lip Balm)

Selain muka dan kulit badan, bibir anda juga akan mudah menjadi kering ketika melancong di destinasi beriklim sejuk. Pastikan anda memakai balsem bibir agar bibir anda kekal lembap dan tidak mengelupas. Bagi kaum Hawa, pilihlah balsem bibir berwarna agar bibir tampil lebih ceria dan cantik!



6. Syampu Kering (Dry Shampoo)

Kepada mereka yang tidak pernah mencuba syampu kering (dry shampoo), anda harus mencubanya! Ianya adalah semburan rambut yang diperbuat daripada talkum ataupun tepung beras, berfungsi untuk mencuci rambut anda tanpa menggunakan air dengan menyerap minyak dan kekotoran lain. Hanya perlu sembur kepada rambut dan kulit kepala dan rambut anda akan menjadi bersih seperti selepas disyampu. Syampu kering amat berguna ketika anda sibuk melancong dan kekurangan masa untuk mencuci rambut anda daripada minyak dan habuk.



7. Tisu Basah Anti-Bakteria

Tisu basah mempunyai banyak kegunaan, terutamanya ketika anda pergi melancong seperti membersih tangan dan muka anda, ketika menukar lampin anak kecil anda, mengelap meja di restoran, mengelap mangkuk tandas awam dan sebagainya. Pastikan anda membawanya ketika pergi melancong!



8. Semburan Muka (Facial Mist)

Semburan muka boleh membantu anda berasa lebih segar dan bertenaga selepas seharian berjalan ataupun bershopping. Pilih semburan muka yang diperbuat daripada air mineral ataupun bahan-bahan lain seperti ekstrak teh hijau, ekstrak bunga, ekstrak buah-buahan dan sebagainya.



9. Bedak Talkum

Bagi mereka yang cepat berpeluh, memakai bedak talkum di badan boleh membantu anda berasa lebih kering sepanjang hari. Pilih bedak talkum yang mempunyai ekstrak pudina bagi mendapatkan kesegaran yang lebih!



10. Hand Sanitizer Gel

Pastikan tangan anda sentiasa bebas daripada kuman bagi mengelakkan anda jatuh sakit ketika pergi makan angin. Menggunakan hand sanitizer gel adalah cara paling mudah dan berkesan bagi memastikan tangan anda sentiasa bersih.



Tuesday, November 22, 2016

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM BUNGA 2017

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM BUNGA 2017

1. EROPAH



Terbang ke London untuk melihat Istana Buckingham, Big Ben, Trafalgar Square dan Tower Bridge. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan berjenama di Oxford Street dan Bicester Village. Amsterdam juga tidak kurang menariknya! Berhenti di Dam Square, Istana Diraja, Atomium, Manneken Pis dan banyak lagi. Di Paris, lihat sendiri kehebatan Menara Eiffel! Nikmati kota romantis ini dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti pintu gerbang Arc de Triomphe, muzium Louvre , Katedral Notre Dame dan Place de la Concorde. Salah satu destinasi utama ketika lawatan ini adalah Zaanse Schans di negara Belanda untuk melihat kincir angin tradisional di sana serta hamparan bunga tulip berwarna-warni yang indah ketika musim bunga. Sememangnya suatu percutian yang hebat untuk semua!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Eropah bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

2. JEPUN



Terokai keunikan gabungan tradisi dan kemodenan di Negara Matahari Terbit! Lawati daerah Osaka, Kyoto dan Tokyo! Tidak lupa juga untuk menatapi Gunung Fuji yang menjadi ikon utama negara Jepun. Kunjungi juga taman tema Disneyland Tokyo untuk keriangan seisi keluarga yang maksimum. Membeli-belah barangan berjenama mewah pada harga diskaun di Gotemba Premium Outlet. Jangan lupa untuk berselfie dengan pohon-pohon yang dipenuhi dengan bunga sakura pada musim bunga nanti! Semestinya sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Jepun bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/japan/

3. TURKI



Kembara ke bumi Turki yang kaya dengan tinggalan sejarah Islam dan keunikan budaya yang mempersonakan. Lawati daerah-daerah utama di sana seperti Istanbul, Canakkale, Cappadocia, Konya, Ankara, Safranbolu dan Kusadasi yang pastinya cukup indah pada musim bunga. Ziarah ke Masjid Biru, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Grand Bazaar di Istanbul. Peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia dan nikmati keindahan bentuk mukabumi yang unik di sana. Lawati makam Mevlana di Konya dan makam Kamal Ataturk di Ankara. Singgah juga di Safranbolu yang merupakan salah satu pecan yang popular di bahagian Laut Hitam. Pekan ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah tamadun silam yang dinobatkan sebagai khazanah dunia oleh UNESCO. 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Turki bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/turkey/

4. KOREA



Terbang ke negara yang terkenal dengan Kimchi, K-pop dan  K-drama! Terokai ibunegara Korea Selatan, kota Seoul yang serba moden serta Pulau Nami, Gunung Sorak dan banyak lagi! Bergambar sambil memakai pakaian tradisi orang Korean yang dikenali sebagai Hanbok dan belajar cara membuat kimchi. Alami keriangan terhebat di taman tema Everland dan persembahan muzikal Nanta. Jangan lepaskan peluang bershopping sakan di kawasan Namdaemun dan Myeoongdong. Paling menarik adalah peluang untuk melawat Pulau Nami untuk melihat pelbagai jenis flora yang ditanam di sana pada musim bunga! Korea Selatan bakal membuat anda jatuh cinta padanya! 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Korea bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/korea/

5. SEPANYOL & PORTUGAL



Lawati dua negara popular di Eropah; Sepanyol dan Portugal. Jelajah Barcelona, Madrid, Seville dan Granada di Sepanyol serta terokai Lisbon dan Fatima di Portugal. Antara destinasi yang paling menarik di Sepanyol adalah Istana Al-Hambra di Granada. Istana yang dibina ketika kerajaan Islam di Andalusia masih memerintah ini merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO di dunia. Saksikan juga persembahan tarian Flamenco yang pastinya memukau anda!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Sepanyol dan Portugal bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

Tuesday, November 8, 2016

Tarikan Paling Menarik di IMG Worlds of Adventure, Dubai!



IMG Worlds of Adventure di Dubai merupakan taman tema bawah bumbung (indoor) yang terbesar di dunia. Ianya baru sahaja dibuka kepada umum pada bulan Ogos 2016. Taman tema ini terbahagi kepada empat zon iaitu Cartoon Network, Marvel, Lost Valley-Dinosaur Adventure dan IMG Boulevard. Kesemua zon ini masing-masing berdasarkan tema yang berbeza, dan setiap satunya mengandungi pelbagai tarikan peranginan termasuk roller coaster, pawagam 5D dan kawasan runcit. Sekiranya anda gemarkan Disneyland dan Universal Studios, anda pasti jatuh cinta dengan IMG Worlds of Adventure!


Berikut adalah perkara yag harus anda lakukan ketika berada di IMG Worlds of Adventure:

1) Rides



Bagi penggemar-penggemar aktiviti gayat seperti menaiki rollercoaster, pastikan anda mencuba rides yang disediakan di sana! Terdapat pelbagai jenis rides yang bertemakan filem-filem popular seperti Avengers Age of Ultro, Hulk, Spiderman, dinosaur dan sebagainya.

Terdapat pilihan aktiviti untuk peringkat dewasa dan juga kanak-kanak.

Klik di sini untuk info lanjut tentang rides yang disediakan di sana: http://www.imgworlds.com/en/thingstodo/rides/

2) Pertunjukan hiburan secara "live"



Sama seperti Disneyland dan Universal Studios, IMG World of Adventure juga menyediakan pertunjukan hiburan secara live di pentas yang terdapat di sana.

Pertunjukan hiburan tersebut mengandungi pertunjukan aksi akrobatik, tarian dengan muzik yang ceria serta penampilan karakter-karakter daripada kartun dan filem terkenal yang pastinya akan menguja pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak!

3) Tayangan filem terkini



Bagi mereka yang tidak larat untuk berjalan seharian, terdapat juga panggung wayang di sana yang menayangkan filem-filem terkini dengan sound system yang amat canggih!

Jadi, anda boleh berehat sambil menonton filem box-office kegemaran anda sambil memakan popcorn!

4) Membeli-belah / Shopping



IMG Worlds of Adventure juga mengandungi pelbagai kedai dan butik yang menjual pakaian dan cenderahati yang tertemakan filem-filem terkini serta karakter-karakter terkenal.

Klik di sini untuk info lanjut tentang kedai-kedai yang terdapat di IMG World of Adventure: http://www.imgworlds.com/en/thingstodo/shopping/

5) Restoran fine-dining



Setelah seharian berseronok di IMG World of Adventure, pastinya selera anda terbuka untuk mencuba makanan-makanan yang lazat. Di sana, terdapat pelbagai restoran yang menyediakan juadah yang enak! Terdapat restoran masakan Cina, masakan India, masakan Itali, makanan Amerika, smoothies, ais krim dan sebagainya!

Klik di sini untuk info lanjut tentang restoran-restoran yang terdapat di IMG World of Adventure: http://www.imgworlds.com/en/thingstodo/dining/

Pengalaman untuk menerokai kotaraya moden Dubai pastinya menjadi realiti untuk anda melalui pakej pelancongan ke Dubai dan Abu Dhabi yang diuruskan oleh pihak Ziarah Harmoni. Pakej pelancongan Muslim selama 6 hari 4 malam ini akan meliputi beberapa lokasi tarikan pelancongan utama di negara Emiriah Arab Bersatu seperti kelima-lima yang tertera di atas serta tempat-tempat lain di Abu Dhabi. Harga pakej ini adalah hanya RM6,253 setiap seorang dan ianya termasuk tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi oleh Emirates, tempat penginapan sepanjang lawatan, pengangkutan serta makanan harian ketika di sana. Terdapat beberapa pilihan tarikh pelepasan bermula bulan November 2016 sehingga Mac 2017.

Untuk menempah tempat anda, sila hubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.

Monday, October 31, 2016

Top 5: Tempat Menarik Untuk Dilawati di Taiwan!


Taiwan merupakan salah satu destinasi Timur Jauh yang paling popular bagi rakyat Malaysia. Negara tersebut bukan sahaja dikenali kerana kemodenannya, bahkan juga kerana kekayaan khazanah alam semulajadi yang terdapat di sana.

Kenali 5 tarikan perlancongan yang paling popular di sana:

1) Taipei 101


Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit 101 tingkat terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh KTRT Joint Venture, ia adalah bangunan tertinggi di Taiwan dan pernah menjadi bangunan tertinggi dunia dengan mengalah Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia dari 2004 hingga 2010 setelah dikalahkan dengan Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Menara ini dibuka secara keseluruhan pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru beserta dengan persembahan langsung dan bunga api. Menara itu mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai, restoran, dan tarikan-tarikan lain contohnya kelab malam.

2) Yehliu


Salah satu destinasi utama di utara Taiwan, Yehliu Geopark adalah pusat kepada beberapa formasi geologi yang unik termasuk ikon "Queen's Head", dan terletak di sepanjang tanjung menghulurkan dari bandar Wanli.

Sebahagian daripada Pembentukan Daliao Miaocene, tanjung terbentang sekitar 1,700 meter, terbentuk hasil daripada pergerakan geologi yang memakan masa beribu-ribu tahun yang lantas memaksa gunung-ganang Datun untuk menukar bentuk mereka, mengunjur ke dalam laut.

3) Yilan Shangrila Leisure Farm


Ladang lapang ini terletak kira-kira 250 meter di atas paras laut dengan keadaan suhu empat musim. Ia menghadap ke lembah-lembah, sungai, dataran, ladang, pulau-pulau dan laut. Ia mempunyai beberapa ekologi semula jadi seperti monyet, katak pokok, firebugs, rama-rama dan pelbagai jenis tumbuhan.

Ladang ini juga kerap menjadi tuan rumah beberapa aktiviti seperti aktiviti tanglung, aktiviti berputar-main, aktiviti matzo bola dan lain-lain aktiviti do-it-yourself. Ia juga menempatkan beberapa perkhidmatan penginapan untuk bermalam, tempat-tempat untuk mesyuarat perniagaan juga lokasi yang sesuai untuk upacara perkahwinan.

4) Taipei Grand Mosque


Masjid Besar Taipei merupakan masjid yang terbesar dan terkenal di Taiwan dengan keluasan 2,747 meter persegi. Terletak di Jalan Daan di Bandar Taipei, masjid ini telah menjadi struktur Islam Taiwan yang paling penting dan diiktiraf sebagai kawasan bersejarah pada 26 Jun 1999 oleh majlis bandar Taipei.

5) Shilin Night Market


Pasar Malam Shilin adalah pasar malam di Daerah Shilin di Taipei, Taiwan, dan sering dianggap sebagai pasar malam terbesar dan paling terkenal di bandar.

Pasar malam ini merangkumi dua bahagian yang berbeza berkongsi hubungan simbiotik: bahagian yang sebelum ini ditempatkan di bangunan Shilin Market lama, mengandungi kebanyakannya penjual makanan dan restoran kecil; dan perniagaan dan kedai-kedai sekitar menjual barangan yang lain. Medan selera mempunyai 539 gerai, dan tingkat dua berfungsi sebagai tempat letak kereta untuk 400 kereta.


Ziarah Harmoni baru-baru telah mengumumkan satu pakej perlancongan istimewa ke Taiwan bersama personaliti TV terkenal, Maria Tunku Sabri (mantan hos program popular Jalan-Jalan Cari Makan) serta juruhebah radio DJ Raifa daripada Bernama Radio. Lawatan ini juga adalah kerjasama bersama dengan Malaysian Harmony Tour & Travel dan Taiwan Tourism Board.

Pakej perlancongan muslim ke Taiwan ini bakal bertolak pada 13 haribulan Disember 2016 dan bakal berlangsung selama 6 hari dan 5 malam. Harga pakej ini adalah hanya sebanyak RM3,599 setiap seorang. Harga ini adalah termasuk tiket penerbangan pergi-balik China Airlines kelas ekonomi, penginapan hotel bertaraf 3-4 bintang, makanan harian halal atau muslim-friendly serta pengangkutan yang selesa dan selamat sepanjang lawatan berlangsung. 

Peserta lawatan ini bakal melawati bangunan Taipei 101 yang merupakan antara bangunan yang tertinggi di dunia. Selain itu, peserta boleh menghayati keunikan bentuk hakisan batu semulajadi di Yehliu. Rasai juga keriangan bersama insan tersayang di Taman Tema Leofoo Village yang mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti roller coaster, zoo haiwan dan sebagainya. 

Penggemar fesyen boleh membeli-belah di Leeco Outlet Wu Fen Pu yang menjual pelbagai pakaian pada harga yang murah. Aturcara lawatan juga bakal singgah di Shihlin Night Market supaya peserta dapat mencuba pelbagai makanan tempatan seperti “satay strawberi” dan banyak lagi!

Para peminat Maria Tunku Sabri dan DJ Raifa yang ingin turut serta pergi melancong ke Taiwan melalui lawatan ini, bolehlah membuat pendaftaran dengan segera kerana tempat adalah terhad. 

Untuk mandapatkan informasi lanjut tentang kedua-dua pakej yang dinyatakan di atas serta pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni, silalah menghubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.

Monday, October 24, 2016

Pakej 6 Hari 5 Malam Taiwan Ceria bersama Maria Tunku Sabri dan DJ Raifa anjuran Ziarah Harmoni

Klik gambar untuk besarkan

Ziarah Harmoni baru-baru telah mengumumkan satu pakej perlancongan istimewa ke Taiwan bersama personaliti TV terkenal, Maria Tunku Sabri (mantan hos program popular Jalan-Jalan Cari Makan) serta juruhebah radio DJ Raifa daripada Bernama Radio. Lawatan ini juga adalah kerjasama bersama dengan Malaysian Harmony Tour & Travel dan Taiwan Tourism Board.

Pakej perlancongan muslim ke Taiwan ini bakal bertolak pada 13 haribulan Disember 2016 dan bakal berlangsung selama 6 hari dan 5 malam. Harga pakej ini adalah hanya sebanyak RM3,599 setiap seorang. Harga ini adalah termasuk tiket penerbangan pergi-balik China Airlines kelas ekonomi, penginapan hotel bertaraf 3-4 bintang, makanan harian halal atau muslim-friendly serta pengangkutan yang selesa dan selamat sepanjang lawatan berlangsung. 

Peserta lawatan ini bakal melawati bangunan Taipei 101 yang merupakan antara bangunan yang tertinggi di dunia. Selain itu, peserta boleh menghayati keunikan bentuk hakisan batu semulajadi di Yehliu. Rasai juga keriangan bersama insan tersayang di Taman Tema Leofoo Village yang mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti roller coaster, zoo haiwan dan sebagainya. 

Penggemar fesyen boleh membeli-belah di Leeco Outlet Wu Fen Pu yang menjual pelbagai pakaian pada harga yang murah. Aturcara lawatan juga bakal singgah di Shihlin Night Market supaya peserta dapat mencuba pelbagai makanan tempatan seperti “satay strawberi” dan banyak lagi! (Butiran lanjut tentang aturcara harian lawatan ini dilampirkan sekali bersama artikel siding akhbar ini)

Para peminat Maria Tunku Sabri dan DJ Raifa yang ingin turut serta pergi melancong ke Taiwan melalui lawatan ini, bolehlah membuat pendaftaran dengan segera kerana tempat adalah terhad. 

Untuk mandapatkan informasi lanjut tentang kedua-dua pakej yang dinyatakan di atas serta pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni, silalah menghubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.

Friday, October 14, 2016

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM SEJUK 2016

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM SEJUK 2016

1. TURKI



Kembara ke bumi Turki yang kaya dengan tinggalan sejarah Islam dan keunikan budaya yang mempersonakan. Lawati daerah-daerah utama di sana seperti Istanbul, Canakkale, Cappadocia, Konya, Ankara, Safranbolu dan Kusadasi. Ziarah ke Masjid Biru, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Grand Bazaar di Istanbul. Peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia dan nikmati keindahan bentuk mukabumi yang unik di sana. Lawati makam Mevlana di Konya dan makam Kamal Ataturk di Ankara. Singgah juga di Safranbolu yang merupakan salah satu pecan yang popular di bahagian Laut Hitam. Pekan ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah tamadun silam yang dinobatkan sebagai khazanah dunia oleh UNESCO. 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Turki bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/turkey/

2. EROPAH



Terbang ke London untuk melihat Istana Buckingham, Big Ben, Trafalgar Square dan Tower Bridge. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan berjenama di Oxford Street dan Bicester Village. Amsterdam juga tidak kurang menariknya! Berhenti di Dam Square, Istana Diraja, Atomium, Manneken Pis dan banyak lagi. Di Paris, lihat sendiri kehebatan Menara Eiffel! Nikmati kota romantis ini dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti pintu gerbang Arc de Triomphe, muzium Louvre , Katedral Notre Dame dan Place de la Concorde. Salah satu destinasi utama ketika lawatan ini adalah Zurich yang terkenal dengan keindahan panorama pergunungan yang ditutup dengan salji. Menaiki kereta kabel ke Gunung Titlis adalah sebuah pengalaman menarik yang tidak patut dilepaskan.

Lihat info tentang pakej-pakej ke Eropah bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

3. JEPUN



Terokai keunikan gabungan tradisi dan kemodenan di Negara Matahari Terbit! Lawati daerah Osaka, Kyoto dan Tokyo! Tidak lupa juga untuk menatapi Gunung Fuji yang menjadi ikon utama negara Jepun. Kunjungi juga taman tema Disneyland Tokyo untuk keriangan seisi keluarga yang maksimum. Membeli-belah barangan berjenama mewah pada harga diskaun di Gotemba Premium Outlet. Semestinya sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Jepun bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/japan/

4. INDIA



Terokai keindahan alam semulajadi, keunikan budaya dan tinggalan sejarah yang mempersonakan di New Delhi, Agra, Jaipur dan Kashmir. Jejakkan kaki anda di Taj Mahal, salah satu keajaiban dan warisan dunia. Nikmati panorama hebat dan iklim nyaman ketika di Kashmir. Pastinya satu pakej percutian hebat bak bintang Bollywood.

Lihat info tentang pakej-pakej ke India bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/india/

5. KOREA




Terbang ke negara yang terkenal dengan Kimchi, K-pop dan  K-drama! Terokai ibunegara Korea Selatan, kota Seoul yang serba moden serta Pulau Nami, Gunung Sorak dan banyak lagi! Bergambar sambil memakai pakaian tradisi orang Korean yang dikenali sebagai Hanbok dan belajar cara membuat kimchi. Alami keriangan terhebat di taman tema Everland dan persembahan muzikal Nanta. Jangan lepaskan peluang bershopping sakan di kawasan Namdaemun dan Myeoongdong. Paling menarik adalah peluang untuk bermain salji dan ski di sana! Korea Selatan bakal membuat anda jatuh cinta padanya! 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Korea bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/korea/