Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, July 26, 2017

PAKEJ PERLANCONGAN MUSLIM TERHEBAT MUSIM LURUH/SEJUK 2017!

Antara pakej-pakej perlancongan terlaris daripada Ziarah Harmoni untuk perlepasan September - Disember 2017!

Untuk pertanyaan, boleh hubungi kami: Tel: 03-2142 9266 / Whatsapp: 012-259 1868 atau 012-656 3314 / Emel: info@ziarahharmoni.com. anda boleh terus Whatsapp kepada kami dengan klik link di bawah:
http://www.wasap.my/+60122591868
http://www.wasap.my/+60126563314


Klik gambar untuk info lanjut

Klik gambar untuk info lanjut

Klik gambar untuk info lanjut

Klik gambar untuk info lanjut

Klik gambar untuk info lanjut


Tuesday, July 11, 2017

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM SEJUK 2017

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM SEJUK 2017

1. TURKI


Kembara ke bumi Turki yang kaya dengan tinggalan sejarah Islam dan keunikan budaya yang mempersonakan. Lawati daerah-daerah utama di sana seperti Istanbul, Canakkale, Cappadocia, Konya, Ankara, Safranbolu dan Kusadasi. Ziarah ke Masjid Biru, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Grand Bazaar di Istanbul. Peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia dan nikmati keindahan bentuk mukabumi yang unik di sana. Lawati makam Mevlana di Konya dan makam Kamal Ataturk di Ankara. Singgah juga di Safranbolu yang merupakan salah satu pecan yang popular di bahagian Laut Hitam. Pekan ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah tamadun silam yang dinobatkan sebagai khazanah dunia oleh UNESCO. 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Turki bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/turkey/

2. EROPAH


Terbang ke London untuk melihat Istana Buckingham, Big Ben, Trafalgar Square dan Tower Bridge. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan berjenama di Oxford Street dan Bicester Village. Amsterdam juga tidak kurang menariknya! Berhenti di Dam Square, Istana Diraja, Atomium, Manneken Pis dan banyak lagi. Di Paris, lihat sendiri kehebatan Menara Eiffel! Nikmati kota romantis ini dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti pintu gerbang Arc de Triomphe, muzium Louvre , Katedral Notre Dame dan Place de la Concorde. Salah satu destinasi utama ketika lawatan ini adalah Zurich yang terkenal dengan keindahan panorama pergunungan yang ditutup dengan salji. Menaiki kereta kabel ke Gunung Titlis adalah sebuah pengalaman menarik yang tidak patut dilepaskan.

Lihat info tentang pakej-pakej ke Eropah bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

3. JEPUN


Terokai keunikan gabungan tradisi dan kemodenan di Negara Matahari Terbit! Lawati daerah Osaka, Kyoto dan Tokyo! Tidak lupa juga untuk menatapi Gunung Fuji yang menjadi ikon utama negara Jepun. Kunjungi juga taman tema Disneyland Tokyo untuk keriangan seisi keluarga yang maksimum. Membeli-belah barangan berjenama mewah pada harga diskaun di Gotemba Premium Outlet. Semestinya sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Jepun bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/japan/

4. BALKAN


Sertai percutian terhebat di negara-negara terkenal di Semenanjung Balkan! Lawati daerah-daerah di negara Turki, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia, Montenegro, Croatia dan Albania. Bersiap sedia dengan kamera untuk mengambil gambar panorama indah di sepanjang perjalanan lawatan. Pelajari juga sejarah peperangan saudara yang pernah meletus ketika berada di Sarajevo dan Mostar. Inilah pakej pengembaraan yang lain daripada yang lain!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Balkan bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

5. KOREA


Terbang ke negara yang terkenal dengan Kimchi, K-pop dan  K-drama! Terokai ibunegara Korea Selatan, kota Seoul yang serba moden serta Pulau Nami, Gunung Sorak dan banyak lagi! Bergambar sambil memakai pakaian tradisi orang Korean yang dikenali sebagai Hanbok dan belajar cara membuat kimchi. Alami keriangan terhebat di taman tema Everland dan persembahan muzikal Nanta. Jangan lepaskan peluang bershopping sakan di kawasan Namdaemun dan Myeoongdong. Paling menarik adalah peluang untuk bermain salji dan ski di sana! Korea Selatan bakal membuat anda jatuh cinta padanya! 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Korea bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/korea/