5 Tarikan Hebat di Kota Dubai Yang Mesti Dilawati
Kota Dubai yang moden dan sibuk terletak di negara Emiriah Arab
Bersatu (UAE). Sepanjang sedekad dua yang lalu, ianya telah menjadi salah satu bandar
metropolitan yang paling mewah di seluruh dunia. Perdagangan minyak telah
mengubah pekan nelayan kecil ini menjadi salah satu destinasi yang terkaya di
dunia.
Jika anda memilih untuk melancong ke sini, anda pasti terpesona dan
kagum dengan keindahannya. Di sinilah kebudayaan Islam dan pembangunan moden
bersatu, lantas menjadikan kota Dubai sebagai salah satu destinasi perlancongan
premium bertaraf antarabangsa.
Berikut adalah 5 keajaiban kota Dubai yang mesti anda lawati ketika
berada di sana:
1.
Menaiki bot pelayaran di Dubai Marina
Menaiki bot pelayaran Dhow di Dubai Marina adalah satu pengalaman
yang baru yang anda tidak boleh ketinggalan apabila berada di kota Dubai.
Bayangkan diri anda menikmati makan malam di atas bot Dhow dengan berlatarbelakangkan
panorama Dubai pada waktu malam dengan muzik dan tarian Tanura. Pengunjung
bakal dijamu dengan sajian BBQ ala Arab yang pastinya lazat.
2.
Burj Al-Khalifa dan Dubai Mall
Bangunan Burj Al-Khalifa terletak di tengah-tengah kota Dubai. Ianya
bukan sahaja merupakan bangunan yang tertinggi di Timur Tengah, bahkan juga di seluruh
dunia. Kemuncaknya yang mencecah 321 meter dan mempunyai 60 tingkat
menjadikannya pemilik rekod ketinggian ini.
Seperti pusat membeli-belah Suria KLCC yang terletak di kaki menara
KLCC, bangunan Burj Al-Khalifa memiliki The Dubai Mall. Kompleks membeli-belah
ini mempunyai 4 tingkat dan 1,200 buah kedai. Setiap tahun, kira-kira 90 juta
pengunjung datang ke sini untuk membeli-belah barangan berjenama mewah. Di situ
juga terdapat panggung wayang, akuarium dan gelanggang luncur ais.
Salah satu tarikan utama di Dubai Mall adalah kolam air pancut
berirama yang terletak di luar pusat membeli-belah tersebut. Setiap hari pada
waktu malam, lampu berwarna-warni serta muzik berirama yang ceria dipasang
ketika pertunjukan air pancut berlangsung. Pengunjung semestinya harus tunggu
untuk melihat pertunjukan air pancut ini.
3.
Pengalaman membeli-belah di Souq
Perkataan Arab “Souq” adalah bermaksud “pasar”. Dubai Spice Souq dan
Dubai Gold Souq adalah di antara tempat-tempat terbaik di sana untuk membeli-belah
barangan keluaran tempatan sambil memperhatikan gaya hidup tradisional
masyarakat tempatan.
Di kedua-dua pasar ini terdapat lorong-lorong kedai yang penuh
dengan barangan jualan istimewa seperti rempah ratus, makanan harian, tekstil,
barangan kemas, batu permata, barangan perhiasan rumah dan sebagainya. Di sini,
pengunjung disarankan untuk melakukan proses tawar-menawar bagi mendapatkan
harga yang terbaik.
4. Keriangan di IMG Worlds
of Adventure
IMG Worlds of Adventure di Dubai merupakan taman tema bawah bumbung
(indoor) yang terbesar di dunia.
Ianya baru sahaja dibuka kepada umum pada bulan Ogos 2016. Taman tema ini
terbahagi kepada empat zon iaitu Cartoon Network, Marvel, Lost Valley-Dinosaur
Adventure dan IMG Boulevard. Kesemua zon ini masing-masing berdasarkan tema
yang berbeza, dan setiap satunya mengandungi pelbagai tarikan peranginan
termasuk roller coaster, pawagam 5D dan kawasan runcit. Sekiranya anda gemarkan
Disneyland dan Universal Studios, anda pasti jatuh cinta dengan IMG Worlds of
Adventure!
5.
Menaiki pacuan 4WD di padang pasir
Aktiviti menaiki pacuan 4WD ketika waktu matahari terbenam di padang
pasir pastinya satu pengalaman unik yang begitu mempesonakan. Alami aksi lasak dune bashing sambil anda menikmati
perjalanan yang santai di kawasan bukit-bukit pasir yang sangat besar. Selepas
tiba di tapak perkhemahan Traditional
Camel Camp yang serba lengkap, terletak betul-betul di tengah-tengah bukit
pasir, anda boleh mencuba Camel Ride
(menaiki unta), menghisap Shisha dan makan malam BBQ Arab dengan daging dan
salad yang enak. Semasa makan malam, anda juga boleh menonton pertunjukan
tarian gelek Belly Dance yang
memukau.
Pengalaman untuk menerokai kotaraya moden Dubai pastinya menjadi
realiti untuk anda melalui pakej pelancongan ke Dubai dan Abu Dhabi yang
diuruskan oleh pihak Ziarah Harmoni. Pakej pelancongan Muslim selama 6 hari 4
malam ini akan meliputi beberapa lokasi tarikan pelancongan utama di negara Emiriah
Arab Bersatu seperti kelima-lima yang tertera di atas serta tempat-tempat lain
di Abu Dhabi. Harga pakej ini adalah hanya RM5,343 setiap seorang dan ianya
termasuk tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi oleh Emirates, tempat
penginapan sepanjang lawatan, pengangkutan serta makanan harian ketika di sana.
Terdapat beberapa pilihan tarikh pelepasan bermula bulan September 2016 sehingga
Disember 2017.
Untuk menempah tempat anda, sila hubungi talian 03-2142 9266 atau
layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.