Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Wednesday, December 21, 2016

TOP 5: Cara Mudah Untuk Berjimat Ketika Melancong

TOP 5: Cara Mudah Untuk Berjimat Ketika Melancong

Terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika melancong di luar negara namun kebanyakan daripada kita tidak mengendahkannya.

Berikut adalah 5 cara paling mudah untuk anda menjimatkan wang ketika sedang melancong di luar negara:

1. Pengangkutan Awam & Pas Harian/Mingguan


Secara umumnya, kebanyakan destinasi perlancongan di seluruh dunia mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik seperti bas, LRT/MRT dan sebagainya.

Oleh itu, anda tidak perlu berhabis duit untuk menaiki teksi yang selalunya lebih mahal. Pilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Tambahan pula, anda boleh membeli pas harian/mingguan yang jauh lebih murah daripada membeli tiket-tiket individu.

2. Tiket Bundle & Pas untuk Pelancong


Destinasi perlancongan seperti London, Paris, Turki dan banyak lagi ada menawarkan pas/tiket masuk bundle untuk beberapa muzium dan tempat tarikan perlancongan yang lain dengan menggunakan 1 tiket.

Ketahui di mana anda boleh mendapatkan pas/tiket tersebut kerana kadar penjimatannya adalah besar.

3. Membeli makanan di Marketplace / Convenient Shop


Makan di restoran memang mahal. Tambahan pula anda perlu membayar tips, cukai kerajaan dan cukai servis.

Makanan yang enak boleh dibeli di bahagian marketplace di supermarket atau department store. Selain itu, di convenient shop seperti Seven Eleven juga ada menjual makanan yang enak pada harga yang amat murah.

4. Menggunakan diskaun pelancong di kedai-kedai terpilih


Setiap kali anda memasuki butik-butik, tanya kepada pekerja di situ samada mereka ada menawarkan diskaun istimewa kepada pelancong asing. Selalunya mereka ada menawarkan diskaun seperti itu walaupun tidak tertera dengan jelas di premis mereka.

Sebagai contoh, kebanyakan kedai di Seoul menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada pelancong asing yang membayar barangan dengan menggunakan kad kredit bukan tempatan / kad kredit antarabangsa (Visa/Mastercard).

5. Pulangan wang untuk Cukai VAT


Tahukah anda bahawa anda sebenarnya layak untuk mendapatkan pulangan wang daripada cukai VAT ketika anda membeli-belah di luar negara?

Setiap kali anda membeli-belah, pastikan anda minta resit "VLT rebate/refund" daripada cashier. Kumpulkan semua resit VAT anda dan anda boleh failkan tuntutan pulangan cukai ketika di lapangan terbang sebelum pulang ke tanahair.


1 comment:

  1. Bermanfaat sekali artikelnya, kalian baca-baca juga nih, Cara Perpanjang STNK Online lebih mudah dan nyaman

    ReplyDelete