IMG Worlds of Adventure di Dubai merupakan taman tema bawah bumbung (indoor) yang terbesar di dunia. Ianya baru sahaja dibuka kepada umum pada bulan Ogos 2016. Taman tema ini terbahagi kepada empat zon iaitu Cartoon Network, Marvel, Lost Valley-Dinosaur Adventure dan IMG Boulevard. Kesemua zon ini masing-masing berdasarkan tema yang berbeza, dan setiap satunya mengandungi pelbagai tarikan peranginan termasuk roller coaster, pawagam 5D dan kawasan runcit. Sekiranya anda gemarkan Disneyland dan Universal Studios, anda pasti jatuh cinta dengan IMG Worlds of Adventure!
Berikut adalah perkara yag harus anda lakukan ketika berada di IMG Worlds of Adventure:
1) Rides
Bagi penggemar-penggemar aktiviti gayat seperti menaiki rollercoaster, pastikan anda mencuba rides yang disediakan di sana! Terdapat pelbagai jenis rides yang bertemakan filem-filem popular seperti Avengers Age of Ultro, Hulk, Spiderman, dinosaur dan sebagainya.
Terdapat pilihan aktiviti untuk peringkat dewasa dan juga kanak-kanak.
Klik di sini untuk info lanjut tentang rides yang disediakan di sana: http://www.imgworlds.com/en/thingstodo/rides/
2) Pertunjukan hiburan secara "live"
Sama seperti Disneyland dan Universal Studios, IMG World of Adventure juga menyediakan pertunjukan hiburan secara live di pentas yang terdapat di sana.
Pertunjukan hiburan tersebut mengandungi pertunjukan aksi akrobatik, tarian dengan muzik yang ceria serta penampilan karakter-karakter daripada kartun dan filem terkenal yang pastinya akan menguja pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak!
3) Tayangan filem terkini
Bagi mereka yang tidak larat untuk berjalan seharian, terdapat juga panggung wayang di sana yang menayangkan filem-filem terkini dengan sound system yang amat canggih!
Jadi, anda boleh berehat sambil menonton filem box-office kegemaran anda sambil memakan popcorn!
4) Membeli-belah / Shopping
IMG Worlds of Adventure juga mengandungi pelbagai kedai dan butik yang menjual pakaian dan cenderahati yang tertemakan filem-filem terkini serta karakter-karakter terkenal.
Klik di sini untuk info lanjut tentang kedai-kedai yang terdapat di IMG World of Adventure: http://www.imgworlds.com/en/thingstodo/shopping/
5) Restoran fine-dining
Setelah seharian berseronok di IMG World of Adventure, pastinya selera anda terbuka untuk mencuba makanan-makanan yang lazat. Di sana, terdapat pelbagai restoran yang menyediakan juadah yang enak! Terdapat restoran masakan Cina, masakan India, masakan Itali, makanan Amerika, smoothies, ais krim dan sebagainya!
Klik di sini untuk info lanjut tentang restoran-restoran yang terdapat di IMG World of Adventure: http://www.imgworlds.com/en/thingstodo/dining/
Pengalaman untuk menerokai kotaraya moden Dubai pastinya menjadi realiti untuk anda melalui pakej pelancongan ke Dubai dan Abu Dhabi yang diuruskan oleh pihak Ziarah Harmoni. Pakej pelancongan Muslim selama 6 hari 4 malam ini akan meliputi beberapa lokasi tarikan pelancongan utama di negara Emiriah Arab Bersatu seperti kelima-lima yang tertera di atas serta tempat-tempat lain di Abu Dhabi. Harga pakej ini adalah hanya RM6,253 setiap seorang dan ianya termasuk tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi oleh Emirates, tempat penginapan sepanjang lawatan, pengangkutan serta makanan harian ketika di sana. Terdapat beberapa pilihan tarikh pelepasan bermula bulan November 2016 sehingga Mac 2017.
Untuk menempah tempat anda, sila hubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.
No comments:
Post a Comment