Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Monday, November 28, 2016

10 Barangan Penjagaan Diri yang Perlu Anda Bawa Ketika Melancong!

10 Barangan Penjagaan Diri yang Perlu Anda Bawa Ketika Melancong!

Tidak kiralah kaum Hawa mahupun Adam, menjaga kebersihan badan dan muka ketika melancong adalah amat penting. Walaupun berada di negara asing, penampilan diri harus dijaga rapi.

Berikut adalah 10 barangan penjagaan diri yang perlu anda bawa ketika pergi melancong:

1. Deodoran

Tiada siapa yang sukakan bau badan dan peluh! Pastikan anda memakai deodoran ketika menjalani aktiviti ketika sedang makan angin. Pastikan deodoran yang anda pilih mampu untuk menghapuskan bau badan dan mengelakkan peluh sehingga 24 jam atau lebih.



2. Losyen Pelindung Matahari

Tidak kiralah ke mana anda pergi melancong, pastikan anda melindungi muka dan kulit badan anda daripada sinaran UV yang amat merbahaya. Pilihlah losyen pelindung Matahari yang mempunyai paling kurang SPF50. Pilih juga losyen dengan formulasi yang sesuai dengan jenis kulit anda.



3. Losyen Badan

Sekiranya anda pergi melancong ketika musim dingin, perlu diingatkan bahawa kulit anda akan menjadi cepat kering oleh kerana angin sejuk yang bertiup di destinasi tersebut. Jadi, jangan lupa untuk memakai losyen badan setiap kali selepas mandi agar kulit muka dan badan anda sentiasa lembap dan licin.



4. Minyak Wangi / Semburan Badan

Selain memakai deodoran, mengenakan minyak wangi dapat membantu anda agar sentiasa berbau segar dan menyenangkan ketika berada di luar melawat tempat-tempat yang menarik di destinasi pilihan anda. Bawa minyak wangi di dalam botol semburan kecil supaya mudah untuk dibawa ke mana sahaja.



5. Balsem Bibir (Lip Balm)

Selain muka dan kulit badan, bibir anda juga akan mudah menjadi kering ketika melancong di destinasi beriklim sejuk. Pastikan anda memakai balsem bibir agar bibir anda kekal lembap dan tidak mengelupas. Bagi kaum Hawa, pilihlah balsem bibir berwarna agar bibir tampil lebih ceria dan cantik!



6. Syampu Kering (Dry Shampoo)

Kepada mereka yang tidak pernah mencuba syampu kering (dry shampoo), anda harus mencubanya! Ianya adalah semburan rambut yang diperbuat daripada talkum ataupun tepung beras, berfungsi untuk mencuci rambut anda tanpa menggunakan air dengan menyerap minyak dan kekotoran lain. Hanya perlu sembur kepada rambut dan kulit kepala dan rambut anda akan menjadi bersih seperti selepas disyampu. Syampu kering amat berguna ketika anda sibuk melancong dan kekurangan masa untuk mencuci rambut anda daripada minyak dan habuk.



7. Tisu Basah Anti-Bakteria

Tisu basah mempunyai banyak kegunaan, terutamanya ketika anda pergi melancong seperti membersih tangan dan muka anda, ketika menukar lampin anak kecil anda, mengelap meja di restoran, mengelap mangkuk tandas awam dan sebagainya. Pastikan anda membawanya ketika pergi melancong!



8. Semburan Muka (Facial Mist)

Semburan muka boleh membantu anda berasa lebih segar dan bertenaga selepas seharian berjalan ataupun bershopping. Pilih semburan muka yang diperbuat daripada air mineral ataupun bahan-bahan lain seperti ekstrak teh hijau, ekstrak bunga, ekstrak buah-buahan dan sebagainya.



9. Bedak Talkum

Bagi mereka yang cepat berpeluh, memakai bedak talkum di badan boleh membantu anda berasa lebih kering sepanjang hari. Pilih bedak talkum yang mempunyai ekstrak pudina bagi mendapatkan kesegaran yang lebih!



10. Hand Sanitizer Gel

Pastikan tangan anda sentiasa bebas daripada kuman bagi mengelakkan anda jatuh sakit ketika pergi makan angin. Menggunakan hand sanitizer gel adalah cara paling mudah dan berkesan bagi memastikan tangan anda sentiasa bersih.



No comments:

Post a Comment