Sejak sedekad yang lalu, Korea Selatan semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan yang gah di Asia. Tidak kiralah golongan anak-anak muda mahupun yang sudah berumur, semuanya mengimpikan percutian yang hebat ke sana, terutamanya ke Seoul. Populariti K-drama dan juga lagu-lagu K-pop yang sering dimainkan di TV dan radio menjadi ramai orang tertarik untuk berkunjung ke kota yang indah tersebut.
Sekiranya anda pergi ke kota Seoul untuk bercuti, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membeli 5 barangan ini di sana! :
1) Barangan kosmetik dan penjagaan kulit
Kepada kaum Hawa mahupun kaum Adam, bagi mereka yang gemarkan kosmetik dan penjagaan kulit, Seoul merupakan 'syurga' membeli-belah untuk barangan tersebut. Tempat paling popular untuk melihat dan membeli barangan kosmetik/penjagaan kulit di Seoul adalah di kawasan Myeongdong.
Antara jenama-jenama yang terkenal dan dipercayai adalah Etude House, Innisfree, Nature Republic, Missha, Tony Moly, The Face Shop dan Lenaige. Walaupun barangan kosmetik dan penjagaan kulit Korea bermutu tinggi, namun harganya amatlah murah dan berpatutan.
Contoh barangan kosmetik jenama terkenal Korea. |
2) Pakaian / Fesyen
Orang Korea memang terkenal dengan imej yang bergaya dan berkenampilan yang sejak. Fesyen di Korea ringkas namun tampak moden.
Jadi, sekiranya anda mahu tampil bergaya bak orang Korea, jangan lupa untuk membeli pakaian di sana. Tempat paling popular untuk mendapat pakaian pada harga yang murah adalah di kawasan Dongdaemun, Namdaemun dan Hongdae. Ketiga-tiga kawasan ini memang sarat dengan butik-butik pakaian yang menjanjikan pilihan fesyen yang pastinya menambat hati anda.
Salah satu pusat membeli-belah fesyen yang terkenal di Dongdaemun. |
3) Teh jagung dan teh citron
Antara minuman paling popular di Korea adalah teh jagung dan juga teh citron.
Teh jagung diperbuat daripada "janggut" jagung yang dikeringkan dan dijadikan teh. Anda boleh membelikan dalam bentuk teh uncang ataupun yang sudah siap disediakan di dalam botol.
Teh citron pula merupakan pes yang selalunya didatangkan dalam balang kaca dan berwarna kekuning-kuningan. Ianya diperbuat daripada buah citron kering yang dicampurkan dengan madu. Ianya sesuai disediakan dengan air panas mahupun air sejuk. Memang penghilang dahaga yang enak dan juga mampu merawat kegatalan tekak!
Contoh teh citron Korea |
Contoh teh jagung Korea |
4) Barangan K-drama dan K-pop
Bagi penggemar K-drama dan juga kumpulan-kumpulan K-pop, membeli barangan cenderamata bertemakan K-pop harusnya tidak boleh dilupakan.
Banyak kedai-kedai di sana (terutamanya di kawasan Hongdae, Dongdaemun dan Myeongdong) ada menjual pelbagai jenis barangan bertemakan K-pop seperti T-shirt, poster, alatan tulis, CD / DVD dan sebagainya. Haruslah menjadi rambang mata di sana nanti.
Salah satu kedai di Seoul yang menjual barangan bertemakan K-pop dan K-drama |
5) Ramyeon (Mee segera pedas)
Sejak kebelakangan ini, ramai yang sudah mula 'ketagih' dengan mee segera pedas Korea yang dipanggil Ramyeon. Kalau cuba sekali, sememangnya mahu lagi!
Kalau berada di Seoul, ambillah peluang untuk membeli stok Ramyeon anda! Tapi, jangan lupa untuk semak senarai ramuannya dahulu. Pastikan anda membeli yang tiada ramuan mencurigakan / tidak halal.
Mee Ramyeon halal buatkan Korea |
No comments:
Post a Comment