Klik gambar untuk besarkan |
Ziarah Harmoni baru-baru telah mengumumkan satu pakej perlancongan istimewa ke Taiwan bersama personaliti TV terkenal, Maria Tunku Sabri (mantan hos program popular Jalan-Jalan Cari Makan) serta juruhebah radio DJ Raifa daripada Bernama Radio. Lawatan ini juga adalah kerjasama bersama dengan Malaysian Harmony Tour & Travel dan Taiwan Tourism Board.
Pakej perlancongan muslim ke Taiwan ini bakal bertolak pada 13 haribulan Disember 2016 dan bakal berlangsung selama 6 hari dan 5 malam. Harga pakej ini adalah hanya sebanyak RM3,599 setiap seorang. Harga ini adalah termasuk tiket penerbangan pergi-balik China Airlines kelas ekonomi, penginapan hotel bertaraf 3-4 bintang, makanan harian halal atau muslim-friendly serta pengangkutan yang selesa dan selamat sepanjang lawatan berlangsung.
Peserta lawatan ini bakal melawati bangunan Taipei 101 yang merupakan antara bangunan yang tertinggi di dunia. Selain itu, peserta boleh menghayati keunikan bentuk hakisan batu semulajadi di Yehliu. Rasai juga keriangan bersama insan tersayang di Taman Tema Leofoo Village yang mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti roller coaster, zoo haiwan dan sebagainya.
Penggemar fesyen boleh membeli-belah di Leeco Outlet Wu Fen Pu yang menjual pelbagai pakaian pada harga yang murah. Aturcara lawatan juga bakal singgah di Shihlin Night Market supaya peserta dapat mencuba pelbagai makanan tempatan seperti “satay strawberi” dan banyak lagi! (Butiran lanjut tentang aturcara harian lawatan ini dilampirkan sekali bersama artikel siding akhbar ini)
Para peminat Maria Tunku Sabri dan DJ Raifa yang ingin turut serta pergi melancong ke Taiwan melalui lawatan ini, bolehlah membuat pendaftaran dengan segera kerana tempat adalah terhad.
Untuk mandapatkan informasi lanjut tentang kedua-dua pakej yang dinyatakan di atas serta pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh Ziarah Harmoni, silalah menghubungi talian 03-2142 9266 atau layari laman sesawang rasmi Ziarah Harmoni di www.ziarahharmoni.com.
No comments:
Post a Comment