Lawati Laman Sesawang Kami:

Lawati Laman Sesawang Kami:
Lawati Laman Sesawang Kami:

Tuesday, January 31, 2017

Makanan Halal Di Hong Kong Disneyland


Sekiranya anda berkunjung ke Hong Kong Disneyland, anda tidak perlu khuatir tentang mendapatkan makanan halal.

Terdapat 2 tempat yang menyediakan makanan halal di sana:

1) Tahitian Terrace di taman Adventureland

Di sini anda boleh mendapatkan makanan halal berunsur India seperti Nasi Beriyani, Vegetarian Curry, Ayam Tandoori, Roti Naan dan sebagainya.

Untuk info lanjut, bolek klik di sini.




2) Explorer's Club Restaurant di taman Mystic Point

Di sini pula, anda boleh mendapatkan makanan halal berunsur Asia seperti Nasi Goreng, Nasi Ayam, Nasi dengan Salmon ala Jepun dan sebagainya.

Untuk info lanjut, boleh klik di sini.




Selain daripada itu, terdapat juga restoran-restoran halal di hotel-hotel di dalam kawasan Hong Kong Disneyland:

- Chef Mickey at Disney's Hollywood Hotel
- Studio Lounge at Disney's Hollywood Hotel
- Walt's Cafe at Hong Kong Disneyland Hotel
- Room Service at Hong Kong Disneyland Hotel

Tuesday, January 24, 2017

10 Ole-Ole / Buah Tangan Yang Berbaloi Dibeli Ketika di Jepun

10 Ole-Ole / Buah Tangan Yang Berbaloi Dibeli Ketika di Jepun:

1. Matcha (Teh Hijau)





2. Snek berperisa Matcha (Teh Hijau)





3. Yukata (Baju Tidur Jepun)






4. Cenderahati Tradisional Jepun






5. Wagashi (Manisan Tradisional Jepun)





6. Kamera dan Peralatan Fotografi





7. Alatulis






8. Kosmetik






9. Pisau Dapur Buatan Tangan





10. Bekas Bekalan Makanan (Bento Boxes)







Monday, January 23, 2017

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM BUNGA 2017

TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM BUNGA 2017

1. EROPAH



Terbang ke London untuk melihat Istana Buckingham, Big Ben, Trafalgar Square dan Tower Bridge. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan berjenama di Oxford Street dan Bicester Village. Amsterdam juga tidak kurang menariknya! Berhenti di Dam Square, Istana Diraja, Atomium, Manneken Pis dan banyak lagi. Di Paris, lihat sendiri kehebatan Menara Eiffel! Nikmati kota romantis ini dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti pintu gerbang Arc de Triomphe, muzium Louvre , Katedral Notre Dame dan Place de la Concorde. Salah satu destinasi utama ketika lawatan ini adalah Zaanse Schans di negara Belanda untuk melihat kincir angin tradisional di sana serta hamparan bunga tulip berwarna-warni yang indah ketika musim bunga. Sememangnya suatu percutian yang hebat untuk semua!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Eropah bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

2. JEPUN



Terokai keunikan gabungan tradisi dan kemodenan di Negara Matahari Terbit! Lawati daerah Osaka, Kyoto dan Tokyo! Tidak lupa juga untuk menatapi Gunung Fuji yang menjadi ikon utama negara Jepun. Kunjungi juga taman tema Disneyland Tokyo untuk keriangan seisi keluarga yang maksimum. Membeli-belah barangan berjenama mewah pada harga diskaun di Gotemba Premium Outlet. Jangan lupa untuk berselfie dengan pohon-pohon yang dipenuhi dengan bunga sakura pada musim bunga nanti! Semestinya sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan!

Lihat info tentang pakej-pakej ke Jepun bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/japan/

3. TURKI



Kembara ke bumi Turki yang kaya dengan tinggalan sejarah Islam dan keunikan budaya yang mempersonakan. Lawati daerah-daerah utama di sana seperti Istanbul, Canakkale, Cappadocia, Konya, Ankara, Safranbolu dan Kusadasi yang pastinya cukup indah pada musim bunga. Ziarah ke Masjid Biru, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Grand Bazaar di Istanbul. Peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia dan nikmati keindahan bentuk mukabumi yang unik di sana. Lawati makam Mevlana di Konya dan makam Kamal Ataturk di Ankara. Singgah juga di Safranbolu yang merupakan salah satu pecan yang popular di bahagian Laut Hitam. Pekan ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah tamadun silam yang dinobatkan sebagai khazanah dunia oleh UNESCO. 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Turki bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/turkey/

4. KOREA



Terbang ke negara yang terkenal dengan Kimchi, K-pop dan  K-drama! Terokai ibunegara Korea Selatan, kota Seoul yang serba moden serta Pulau Nami, Gunung Sorak dan banyak lagi! Bergambar sambil memakai pakaian tradisi orang Korean yang dikenali sebagai Hanbok dan belajar cara membuat kimchi. Alami keriangan terhebat di taman tema Everland dan persembahan muzikal Nanta. Jangan lepaskan peluang bershopping sakan di kawasan Namdaemun dan Myeoongdong. Paling menarik adalah peluang untuk melawat Pulau Nami untuk melihat pelbagai jenis flora yang ditanam di sana pada musim bunga! Korea Selatan bakal membuat anda jatuh cinta padanya! 

Lihat info tentang pakej-pakej ke Korea bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/korea/

5. SEPANYOL & PORTUGAL



Lawati dua negara popular di Eropah; Sepanyol dan Portugal. Jelajah Barcelona, Madrid, Seville dan Granada di Sepanyol serta terokai Lisbon dan Fatima di Portugal. Antara destinasi yang paling menarik di Sepanyol adalah Istana Al-Hambra di Granada. Istana yang dibina ketika kerajaan Islam di Andalusia masih memerintah ini merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO di dunia. Saksikan juga persembahan tarian Flamenco yang pastinya memukau anda!



Lihat info tentang pakej-pakej ke Sepanyol dan Portugal bersama Ziarah Harmoni: http://www.ziarahharmoni.com/group/europe/

Monday, January 16, 2017

Tuesday, January 3, 2017

REPOST: W WORLD ASIA - TAIWAN DIPENUHI RESTORAN HALAL


Good company in a journey makes the way seem shorter.” — English writer Izaak Walton
Begitulah kembara saya ke Taiwan 13 Disember lalu. Enam hari empat malam di sana terasa begitu singkat. Seronok tidak terhingga walhal ketika hari berlepas pun saya masih belum kenalmedia lain yang turut sama menyertai. Hanya beberapa jam sebelum berlepas saya bertemu mereka, ketika kami sama-sama berkumpul di KLIA. Teman-teman media lain adalah dari akhbar Kosmo, Utusan Malaysia, Harian Metro dan majalah Santai. Selain media, dua selebriti iaitu pengacara tv terkenal Maria Tunku Sabri dan deejay radio Bernama, Raifa Zulkifli juga bersama kami ke Taiwan.
Kembara kami ini dianjurkan oleh syarikat pelancongan Ziarah Harmoni dengan kerjasama Malaysian Harmony Tour & Travel dan Lembaga Pelancongan Taiwan.
Turut sama menyertai kami adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Pusat Pelancongan Islamik (ITC), Yuhaini Yusoff, Pengurus Pembangunan Korporat dan Kewangan ITC, Azlan Othman, Pengurus Bahagian Muslim Ziarah Harmoni, Murni Zainudin. Lebih istimewa, selama di sana, kami diiringi oleh Mr. Tony Wu Pengarah Lembaga Pelancongan Taiwan.
Selain untuk menikmati keindahan Taiwan, tujuan kembara kami ini juga bertujuan menikmati pelancongan gaya muslim kerana Taiwan kini dipenuhi puluhan restoran makanan halal.
Malah, sebaik saja sampai di Taiwan kami sudah dibawa menjamu selera di restoran halal yang terletak di Taoyuan City Suites Gateway Hotel. Penuh satu meja dihidangkan makanan, tidak termasuk silih berganti makanan lain yang dihantar oleh pelayan. Menunya hampir sama seperti di restoran China-Muslim di Malaysia, ada nasi pulut dengan udang geragau, juga makanan laut dan darat yang lain. Paling sedap, pencuci mulutnya, mangga muda bercampur ais kisar.
Hari kedua, selepas melawat Chiang Kai-shek Memorial Hall, kami ke Restoran Bismilla yang terletak di tengah bandar Teipei. Di restoran ini, kami dijamu makanan tempatan Taiwan iaitu mi daging (atau mee tarik), dim sum dan beberapa jenis savoury, kerabu dan urap. Mee daging seakan mee sup di sini tetapi kurang pedas. Mee yang digunakan lebih tebal dan kenyal dan ia dihasilkan sendiri oleh tukang masak.
Hari-hari seterusnya, berselang seli antara lawatan contohnya Taipei 101, National Palace Museum dan Danshui Fisherman Wharf, kami juga dibawa sama ada makan tengahari dan makan malam di restoran halal.

Safronbolu Turkish Restaurant 

 Restoran halal lain yang kami kunjungi adalah Tai Xiang Yun Halal Bismillah Restaurant dan Yunus Halal Restaurant yang terletak di Songshan District, Taipei. Kedua-dua restoran ini menghidangkan gabungan makanan Thailand dan China. Bubur pulut hitam juga turut dihidangkan membuatkan kami rasa seperti berada di Malaysia.
Restoran Turki iaitu Safronbolu Turkish Restaurant yang terletak di Zhongshan District, Taipei dan restoran Morocco Tajin Moroccan Restaurant di Keelung Road juga kami kunjungi.
Kami juga berpeluang menjamu makanan halal Timur Tengah kala berkunjung ke taman tema, Leofoo Village Theme Park di Guanshi Town, juga ketika menginap di hotel Yilan Shangrila Leisure Farm yang terletak di kawasan bukit bukai di Dongshan Township, Yilan County.
Restoran halal yang menghidangkan steamboat di daerah Yilan juga menjadi lokasi kami menjamu selera. Restoran tersebut menghidangkan makanan laut dan sayuran segar bersama sup dan dihidangkan dengan semangkuk nasi dan pelbagai jenis sos.
Menurut Tony Wu, terdapat 100 restoran atau kedai makan yang menghidangkan masakan halal, sekaligus memudahkan pelancong dari Malaysia khususnya umat Islam untuk berkunjung ke Taiwan dan menikmati pelbagai hidangan halal. Bukan itu saja, hampir setiap restoran, termasuk hotel-hotel di sini menyediakan penanda arah kiblat contohnya Atami Hotel Taipei Onsen yang merupakan salah satu tempat penginapan kami dan Tai Xiang Yun Halal Bismilla Restaurant dan Yunus Halal Restaurant yang menyediakan bilik sembahyang. Sijil halal turut dipamerkan oleh pengusaha sama ada di dalam atau di luar restoran.
Jadi jika ke Taiwan tidak perlu lagi mengikat perut, tidak perlu juga membawa bekalan makanan seperti serunding dan mee segera kerana begitu mudah mencari restoran halal yang terletak di hampir setiap pelusuk bandar Teipei dan kawasan-kawasan lain di Taiwan.

Halal Bismillah Restaurant