TOP 5: DESTINASI PALING POPULAR UNTUK MUSIM SEJUK 2017
1. TURKI
Kembara ke bumi Turki yang kaya dengan tinggalan sejarah Islam dan keunikan budaya yang mempersonakan. Lawati daerah-daerah utama di sana seperti Istanbul, Canakkale, Cappadocia, Konya, Ankara, Safranbolu dan Kusadasi. Ziarah ke Masjid Biru, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Grand Bazaar di Istanbul. Peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia dan nikmati keindahan bentuk mukabumi yang unik di sana. Lawati makam Mevlana di Konya dan makam Kamal Ataturk di Ankara. Singgah juga di Safranbolu yang merupakan salah satu pecan yang popular di bahagian Laut Hitam. Pekan ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah tamadun silam yang dinobatkan sebagai khazanah dunia oleh UNESCO.
2. EROPAH
Terbang ke London untuk melihat Istana Buckingham, Big Ben, Trafalgar Square dan Tower Bridge. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan berjenama di Oxford Street dan Bicester Village. Amsterdam juga tidak kurang menariknya! Berhenti di Dam Square, Istana Diraja, Atomium, Manneken Pis dan banyak lagi. Di Paris, lihat sendiri kehebatan Menara Eiffel! Nikmati kota romantis ini dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti pintu gerbang Arc de Triomphe, muzium Louvre , Katedral Notre Dame dan Place de la Concorde. Salah satu destinasi utama ketika lawatan ini adalah Zurich yang terkenal dengan keindahan panorama pergunungan yang ditutup dengan salji. Menaiki kereta kabel ke Gunung Titlis adalah sebuah pengalaman menarik yang tidak patut dilepaskan.
3. JEPUN
Terokai keunikan gabungan tradisi dan kemodenan di Negara Matahari Terbit! Lawati daerah Osaka, Kyoto dan Tokyo! Tidak lupa juga untuk menatapi Gunung Fuji yang menjadi ikon utama negara Jepun. Kunjungi juga taman tema Disneyland Tokyo untuk keriangan seisi keluarga yang maksimum. Membeli-belah barangan berjenama mewah pada harga diskaun di Gotemba Premium Outlet. Semestinya sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan!
4. BALKAN
Sertai percutian terhebat di negara-negara terkenal di Semenanjung Balkan! Lawati daerah-daerah di negara Turki, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia, Montenegro, Croatia dan Albania. Bersiap sedia dengan kamera untuk mengambil gambar panorama indah di sepanjang perjalanan lawatan. Pelajari juga sejarah peperangan saudara yang pernah meletus ketika berada di Sarajevo dan Mostar. Inilah pakej pengembaraan yang lain daripada yang lain!
5. KOREA
Terbang ke negara yang terkenal dengan Kimchi, K-pop dan K-drama! Terokai ibunegara Korea Selatan,
kota Seoul yang serba moden serta Pulau Nami, Gunung Sorak dan banyak lagi!
Bergambar sambil memakai pakaian tradisi orang Korean yang dikenali sebagai
Hanbok dan belajar cara membuat kimchi. Alami keriangan terhebat di taman tema
Everland dan persembahan muzikal Nanta. Jangan lepaskan peluang bershopping
sakan di kawasan Namdaemun dan Myeoongdong. Paling menarik adalah peluang untuk
bermain salji dan ski di sana! Korea Selatan bakal membuat anda jatuh cinta
padanya!